Harian Metro

Mualaf dapat bantuan sara hidup

-

Kesukaran dan kesempitan hidup saudara baharu, Mardinah Dabe Martin Abdullah, 36, sehingga anaknya makan sisa tong sampah selesai apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Dungun tampil memberi bantuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, JKM Dungun meluluskan peruntukan RM300 melalui tabung bantuan segera untuk meringanka­n bebanan Mardinah atau nama Islamnya, Syaira Nyzwatie Martin Abdullah, 36, serta empat anaknya.

Beliau berkata, JKM juga meluluskan bantuan kategori kanak-kanak berjumlah RM400 dan pembayaran dijadualka­n pada hujung Mac.

“Kerajaan negeri juga meminta JKM Dungun merujuk dua anak Mardinah, Muhammad Farish Irfaezd Nor Sukaimi, 7, dan adiknya Muhammad Farish Irdyad, 6, yang mengalami masalah hiperaktif untuk menjalani pemeriksaa­n bagi mendapatka­n kad Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Berdasarka­n lawatan pegawai JKM Dungun, Mohd Naufal Yusoff ke rumah Mardinah, dia layak menerima bantuan itu,” katanya di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.

Kesempitan hidup Mardinah sekeluarga mendapat perhatian ramai apabila ia tular di laman sosial.

Mardinah yang tinggal di Perumahan Taman Rakyat Jaya, Kampung Balai Besar, Dungun, tidak dapat menyara keluarga kerana perlu menjaga dua anaknya yang hiperaktif.

Selepas kisah hidupnya disiarkan, pelbagai pihak termasuk Kelab Motosikal Freedom Rider, Pertubuhan Karyawan Terengganu dan Kelab Triton Kemaman tampil membantu.

Alias berkata, selain dua anak OKU, dua lagi anaknya iaitu Nur Farah Insyirah, 12, dan Muhammad Farish Irsyad, 10, kini belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Pasir, Dungun.

 ??  ?? MOHD Naufal menyerahka­n sumbangan kepada Mardinah.
MOHD Naufal menyerahka­n sumbangan kepada Mardinah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia