Harian Metro

Korban usia demi orang tua uzur

-

Seorang lelaki hidup membujang demi menjaga ibu bapanya yang uzur.

Lim Keat Oon, 59, berkata, selepas adik-beradiknya berkahwin, dia mengambil alih tugas menjaga ibu, Kuait Jok Sa, 87, dan bapanya, Lim Kim Keir, 91, yang masing-masing menghidap asma kronik.

Katanya, adik bongsu,

Lim Keat Kin berusia 30-an yang bekerja di syarikat swasta dan belum berkahwin turut tinggal bersama.

“Setiap hari sebelum ke tempat kerja, saya menyediaka­n dahulu sarapan untuk ibu ayah dan pulang pada tengah hari atau petang untuk memasak.

“Saya tidak kisah menjaga mereka. Saya pun sudah tua dan tidak lagi fikir soal jodoh,” katanya di rumahnya di Kampung Terumbu Lemal, di sini

Terdahulu, Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah menyampaik­an hamper dan angpau ketika melawat keluarga itu sempena Program Sentuhan Kasih Tahun Baharu Cina 2019.

Hadir sama, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Menurutnya, dua abangnya sudah memeluk agama Islam sejak beberapa tahun lalu namun hubungan kekeluarga­an tidak pernah putus.

 ??  ?? KEAT Oon (dua dari kiri) bersama ibu bapanya di Kampung Terumbu Lemal.
KEAT Oon (dua dari kiri) bersama ibu bapanya di Kampung Terumbu Lemal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia