Harian Metro

Lelaki tak mengaku ‘jual’ gadis 19 tahun

-

Seorang bapa ayam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menjadi orang tengah untuk aktiviti pelacuran Januari lalu.

Tertuduh, Mohd Azray Abdul Sani, 24, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan mengikut Seksyen 372(1)(f) Kanun Keseksaan kerana menyalahgu­na mana-mana orang bagi tujuan persundala­n dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa bertindak sebagai orang tengah kepada seorang gadis berusia 19 tahun dengan cara menolong mencari pelanggan bagi aktiviti persundala­n.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah hotel di bandar raya ini, jam 11.20 malam pada 29 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan sebatan dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 11 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Mahkamah juga membenarka­n tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 ??  ?? MOHD Azray diiringi anggota polis ke mahkamah, semalam.
MOHD Azray diiringi anggota polis ke mahkamah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia