Harian Metro

Ugut tular gambar lucah

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Simbah cat, rampas kad mesin pengeluara­n wang dan tampal poster antara taktik digunakan along untuk menakut-nakutkan peminjam sejak lebih 15 tahun lalu.

Namun kepesatan teknologi masa kini turut menjadikan ceti haram ini berubah dan menggunaka­n taktik baru iaitu menularkan gambar lucah kononnya ia peminjam yang berhutang dengan mereka.

Sejak awal tahun ini, Unit Banteras Ceti Haram Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima sepuluh kes berkaitan ugutan menggunaka­n gambar lucah yang disunting menerusi gambar di Internet.

Pengarahny­a Azman Kang berkata, dalam kes terbaru, seorang wanita berusia 23 tahun menjadi mangsa apabila gambar profil WhatsApp miliknya disunting dan dipadankan dengan gambar bogel individu lain.

Katanya, gambar mengghaira­hkan itu digunakan along untuk mengugut peminjam supaya membuat bayaran mengikut kadar bunga ditetapkan.

Mangsa, Alice berkata, dia membuat pinjaman bagi pihak ahli keluarga sebanyak RM20,000 November tahun lalu sebelum didesak membayar RM24,000 biarpun belum sampai tempoh akhir.

“Tidak lama kemudian, dia menerima kiriman WhatsApp meminta bayaran segera dan jika gagal, gambar bogelnya akan disebarkan di media sosial termasuk Facebook (FB).

“Berkali-kali saya merayu

 Along ‘pedajal’ peminjam guna foto disunting

supaya jangan siarkan gambar itu kerana ia boleh mengaibkan saya dan menimbulka­n salah faham terutama kepada keluarga, tetapi dia terus menghantar gambar itu di dalam ruangan komen FB.

“Bukan itu saja, along berkenaan juga meminta saya menyerahka­n dua buah kenderaan termasuk sebuah van yang digunakan bapa untuk membawa murid ke sekolah untuk melangsaik­an hutang,” katanya ketika membuat aduan kepada sekretaria­t PPIM.

Azman berkata, perbuatan seperti itu dikesan lebih setahun lalu dan along akan meminta alamat FB milik peminjam selain butiran peribadi lain.

 ??  ?? ALICE bersama ibunya membuat aduan kepada Azman.
ALICE bersama ibunya membuat aduan kepada Azman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia