Harian Metro

Teka-teki talian kerap terputus terjawab

-

Sabak Bernam: Kekerapan talian telefon terputus di sekitar daerah ini sejak beberapa bulan lalu terjawab dengan tertangkap­nya seorang lelaki warga Myanmar di sebuah rumah di Kampung Panchang Bedena, Sungai Besar, Sabtu lalu.

Suspek berusia 32 tahun yang juga pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) itu dicekup kerana terbabit empat kes kecurian kabel telefon sejak Ogos tahun lalu.

Penahanan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam diketuai Inspektor Halvin Tsyuri pada jam 1.20 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superinten­dan Nor Azmi Isa berkata, hasil pemeriksaa­n turut menemui sembilan jenis barangan termasuk kabel telefon dan bateri sel kering di dalam rumah berkenaan.

“Dengan tertangkap­nya suspek, kami menyelesai­kan empat kes kecurian kabel telefon di sekitar daerah ini,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Menurut beliau, semakan mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah dan saringan air kencing negatif dadah.

“Suspek kini direman sehingga 23 Februari depan bagi membantu siasatan,” katanya.

Kata Nor Azmi, kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan 431 (A) Kanun Keseksaan.

 ??  ?? BARANGAN yang dirampas daripada suspek dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Panchang Bedena.
BARANGAN yang dirampas daripada suspek dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Panchang Bedena.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia