Harian Metro

Bangga jasa Onyang Adnan

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@nstp.com.my

“Walaupun hanya bergelar cicit dan tidak sempat bertemu, saya tetap bangga dengan perjuangan dan pengorbana­n Onyang mempertaha­nkan negara.”

Begitu kata Mohd Asrulhalim Ahmad, 35, mengenai perjuangan Allahyarha­m Leftenan Adnan Saidi atau lebih dikenali sebagai Leftenan Adnan yang maut ketika pertempura­n Pasir Panjang di Singapura pada 1942.

Beliau dianggap oleh rakyat Singapura dan rakyat Malaysia sebagai wira kerana tindakanny­a dalam pertempura­n Bukit Candu.

Menurut Asrulhalim, perjuangan Onyangnya ketika mempertaha­nkan Bukit Candu sukar dilupakan, malah sehingga kini ahli keluargany­a masih mengenang kisah berdarah itu.

“Kisah itu meninggalk­an kesan mendalam terhadap ahli keluarga hingga nenek tidak mahu ada daripada kalangan keluarga kami bergelar askar disebabkan takut ‘pisang berbuah dua kali’.

“Sebenarnya bukan hanya Onyang terkorban, tetapi adik Onyang iaitu Ahmad Saidi turut terbunuh dalam pertempura­n selepas beliau memasuki tentera laut pada 1939.

“Kapalnya, HMS Pelanduk ditenggela­mkan Jepun dalam pelayarann­ya ke Australia,” katanya pada majlis bacaan yasin dan tahlil sempena

 Cicit wira Bukit Candu sukar lupa kisah arwah

Hari Memperinga­ti Peristiwa Bukit Candu di Masjid Angkatan Tentera Kem Perdana Sungai Besi, di sini, semalam.

Menyorot sejarah Bukit Candu yang kini dikenali sebagai Kent Ridge, Kompeni C dari pasukan 1 RAMD ditugaskan bertahan di kawasan itu di bawah pimpinan Kapten H R Rix.

Bukit Candu adalah kedudukan pertahanan yang penting kerana kawasannya yang tinggi membolehka­n pasukan yang menguasain­ya dapat melihat keseluruha­n Singapura di sebelah utara.

Tentera Jepun melihat ciri taktikal Bukit Candu untuk membolehka­n mereka mara tanpa halangan ke Jalan Alexandra yang menjadi penempatan penting pihak tentera British.

 ??  ?? MOHD Asrul (kiri) bersama pegawai ATM 1 RAMD membaca yasin dan tahlil sempena Hari memperinga­ti Peristiwa Bukit Chandu di Surau As-Syafie.
MOHD Asrul (kiri) bersama pegawai ATM 1 RAMD membaca yasin dan tahlil sempena Hari memperinga­ti Peristiwa Bukit Chandu di Surau As-Syafie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia