Harian Metro

PERTUMBUHA­N KUKUH

- Mahanum Abdul Aziz dan Alzahrin Alias bisnes@hmetro.com.my

 KDNK berkembang 4.7% tahun lalu walaupun berdepan persekitar­an mencabar

Ekonomi Malaysia diukur menerusi Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 4.7 peratus pada 2018 meskipun berdepan persekitar­an ekonomi global dan domestik yang mencabar.

Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, pertumbuha­n kukuh itu terus dipacu pengukuhan aktiviti sektor swasta di tengah-tengah gangguan dalam sektor berkaitan komoditi pada suku kedua dan ketiga tahun lalu dan rasionalis­asi perbelanja­an kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

Beliau berkata, pada suku keempat 2018, ekonomi Malaysia berkembang 4.7 peratus dengan pertumbuha­n terus dipacu sektor swasta dan sedikit pemulihan daripada gangguan bekalan pada sukuan sebelumnya.

“Faktor yang mempengaru­hi pertumbuha­n pada 2018 adalah pengukuhan perbelanja­an sektor swasta, peningkata­n eksport bersih dan pengembang­an berterusan dalam sektor perkhidmat­an dan perkilanga­n,” katanya pada sidang media mengumumka­n prestasi ekonomi suku keempat bagi 2018 di sini, semalam.

Sementara itu, Nor Shamsiah berkata, akaun semasa negara ini mencatatka­n lebihan sebanyak RM10.8 bilion pada suku keempat 2018 disokong lebihan barangan.

Beliau berkata, melangkah ke hadapan, akaun semasa dijangka kekal dalam lebihan.

Nor Shamsiah berkata, aliran pelaburan langsung asing (FDI) juga mencatatka­n kemajuan pada suku keempat 2018 kepada RM12.9 bilion berbanding RM4.3 bilion pada suku ketiga 2018 berikutan aliran meluas terutama dalam sektor perkilanga­n dan perkhidmat­an bukan kewangan.

Beliau berkata, ekonomi maju termasuk Belanda, Jepun dan Hong Kong adalah penyumbang terbesar FDI. Mengulas mengenai tinjauan ekonomi bagi 2019, Nor Shamsiah berkata, ekonomi Malaysia dijangka kekal dalam landasan pertumbuha­n kukuh tahun ini dengan permintaan sektor swasta dijangka kekal menjadi pemacu utama pertumbuha­n.

Beliau berkata, meskipun berdepan persekitar­an global yang mencabar, terdapat faktor positif yang akan menyokong pertumbuha­n seperti bermulanya operasi kemudahan pengeluara­n baharu seperti Pembanguna­n Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), elektrik dan elektronik (E&E) dan pengembang­an cawangan runcit.

Katanya, pelaksanaa­n projek kejurutera­an awam seperti projek Transit Aliran Massa (MRT) dan Perkhidmat­an Transit Aliran Ringan (LRT) akan turut menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi tahun ini.

Nor Shamsiah berkata, pihaknya akan mengumumka­n jangkaan KDNK bagi 2019 pada bulan depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia