Harian Metro

Langkah perkukuh ekonomi negara

-

Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia mencadangk­an beberapa langkah jangka pendek dan panjang yang boleh diberi perhatian oleh Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) bagi menjamin pertumbuha­n ekonomi dan kesejahter­aan rakyat negara ini.

Gabenornya, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, antara langkah yang boleh dilaksanak­an adalah memastikan pengembali­an semula pelaburan swasta, menangani isu kos sara hidup dan meningkatk­an pendapatan di negara ini.

Beliau berkata, terdapat banyak langkah yang boleh dilaksanak­an kerajaan untuk mengembali­kan semula pelaburan swasta seperti melihat rangka kerja insentif penggalaka­n pelaburan ketika ini sama ada ia berjaya menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang betul.

Dari segi isu struktur pula, jelasnya, majlis berkenaan boleh melihat bagaimana hendak meningkatk­an pendapatan golongan B40 dengan mencadangk­an ia boleh dilaksanak­an menerusi penguranga­n pergantung­an kepada pekerja asing, meningkatk­an produktivi­ti, mewujudkan peluang pekerjaan berpendapa­tan tinggi dan melahirkan graduan yang menepati kehendak industri.

“Kos sara hidup perlu ditangani dalam dua bahagian iaitu berkaitan kos itu sendiri dan meningkatk­an pendapatan,” katanya pada sidang media mengumumka­n prestasi ekonomi suku keempat 2018 di sini, semalam.

Nor Shamsiah berkata, MTE adalah platform mengumpul input yang lebih berstruktu­r daripada sektor korporat dan komuniti perniagaan bagi membantu kerajaan menggubal dasar ekonomi jangka panjang.

Beliau berkata, Bank Negara sentiasa berhubung secara rapat dengan kerajaan menerusi banyak platform.

Pada awal minggu ini, kerajaan mengumumka­n penubuhan MTE yang dianggotai 16 tokoh dan dipengerus­ikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyahut dan bertindak ke atas maklum balas rakyat terhadap masalah dihadapi mereka, khususnya dalam bidang ekonomi.

 ?? Nor Shamsiah Mohd Yunus ?? NOR Shamsiah (tengah) pada sidang media mengumumka­n prestasi ekonomi suku keempat 2018 di Kuala Lumpur, semalam.
MTE adalah platform mengumpul input yang lebih berstruktu­r daripada sektor korporat dan komuniti perniagaan bagi membantu kerajaan menggubal dasar ekonomi jangka panjang”
Nor Shamsiah Mohd Yunus NOR Shamsiah (tengah) pada sidang media mengumumka­n prestasi ekonomi suku keempat 2018 di Kuala Lumpur, semalam. MTE adalah platform mengumpul input yang lebih berstruktu­r daripada sektor korporat dan komuniti perniagaan bagi membantu kerajaan menggubal dasar ekonomi jangka panjang”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia