Harian Metro

Leo Moggie belum beri gambaran jelas bersama TNB

-

Tan Sri Leo Moggie yang menerajui Tenaga Nasional Bhd (TNB) sejak 15 tahun lalu masih membiarkan komuniti perniagaan berteka-teki sama ada beliau akan meneruskan jawatannya sebagai Pengerusi Kumpulan atau tidak.

“Kakitangan TNB di sini meraikan Tahun Baharu Cina dengan ramai anak yatim. Tak perlulah bercakap mengenai perniagaan hari ini,” katanya tersenyum apabila ditanya adakah khidmat beliau akan dilanjutka­n selepas bulan depan.

Dua tahun lalu, lembaga pengarah TNB melanjutka­n khidmat Moggie sebagai pengerusi selama dua tahun sehingga 11 Mac 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia