Harian Metro

Ringgit mengukuh 1.5 peratus berbanding dolar AS

-

Ringgit mencatatka­n prestasi yang baik setakat ini pada 2019 dengan mengukuh 1.5 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Pengukuhan itu diraih di sebalik ketidakten­tuan pasaran dan ekonomi luaran.

Namun begitu, melangkah ke hadapan, faktor luaran seperti prospek pertumbuha­n ekonomi global dan perang perdaganga­n Amerika Syarikat (AS) dan China akan terus menjejaska­n tinjauan ringgit, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Beliau berkata, ringgit menyusut 1.8 peratus berbanding dolar AS pada 2018, sejajar dengan kebanyakan mata wang serantau.

“Penyusutan ringgit (pada 2018) berbanding dolar AS itu adalah kurang berbanding kebanyakan mata wang serantau lain,” katanya pada sidang media mengumumka­n prestasi ekonomi suku keempat 2018 di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia