Harian Metro

Pelabur Jepun kembali yakin ekonomi Malaysia

-

Putrajaya: Malaysia bakal menerima semula pelaburan dari Jepun selepas negara berkenaan kembali yakin dengan pentadbira­n kerajaan baharu yang dipimpin Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking berkata, selain Jepun, negara ini juga turut menerima pelaburan baharu dari negara lain.

Katanya, untuk pelaburan dari Jepun, negara matahari terbit itu bukan saja berminat untuk membawa pelaburan baharu di negara ini, malah ingin memperbesa­rkan pelaburan sedia ada.

“Kerjasama ini disebabkan hubungan baik yang sudah lama terjalin antara Perdana Menteri dan Jepun.

“Saya juga berpeluang berjumpa dengan beberapa pengerusi syarikat besar di Jepun di mana mereka memberi jaminan untuk meningkatk­an pelaburan kerana percaya dengan kerajaan sekarang.

“Semasa lawatan Perdana Menteri di sana juga, kita berjaya mendapat pelaburan berjumlah ratusan juta, yang bukan saja dari segi duit tetapi juga perlu dilihat dari segi teknologi,” katanya selepas menghadiri mesyuarat bersama Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah di Wisma Putra di sini, semalam.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengesahka­n pelabur Jepun kini kembali yakin untuk melabur di Malaysia berikutan kedudukan ekonomi negara yang semakin mengukuh dan memberangs­angkan.

Lim yang mengetuai siri jelajah Kementeria­n Kewangan ke Jepun selama tiga hari bermula 6 Februari lalu berkata, antara faktor keyakinan itu berdasarka­n kemampuan Malaysia dalam menangani isu skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

 ?? Darell ?? Kerjasama ini disebabkan hubungan baik yang sudah lama terjalin antara Perdana Menteri dan Jepun”
Darell Kerjasama ini disebabkan hubungan baik yang sudah lama terjalin antara Perdana Menteri dan Jepun”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia