Harian Metro

FDI meningkat RM12.9b

-

Kuala Lumpur: Pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia meningkat pada suku keempat 2018 dengan merekodkan aliran masuk bersih RM12.9 bilion berbanding RM4.3 bilion pada suku ketiga 2018.

Menurut Buletin Suku Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi Suku Keempat 2018, aliran masuk FDI disalurkan khususnya kepada sektor pembuatan dan perkhidmat­an bukan kewangan.

Akaun pelaburan langsung mencatatka­n aliran masuk bersih lebih besar kepada RM2.1 bilion daripada aliran masuk bersih RM0.5 bilion pada suku ketiga 2018.

Bagaimanap­un, menurut BNM, akaun kewangan merekodkan aliran keluar bersih RM6.1 bilion berbanding aliran masuk bersih RM2.3 bilion pada suku ketiga 2018.

“Ini berikutan aliran keluar bersih lebih tinggi dalam akaun portfolio dan akaun pelaburan lain, yang lebih daripada mengimbang­i aliran masuk bersih pelaburan langsung sepanjang tempoh suku berkenaan,” katanya.

Sementara itu, pelaburan langsung luar negara (DIA) oleh syarikat Malaysia merekodkan aliran keluar bersih RM10.8 bilion pada suku keempat 2018 berbanding aliran keluar bersih RM3.8 bilion pada suku sebelumnya.

Labuan: Sekurang-kurangnya satu atau dua projek dalam industri marin (perikanan) dan berkaitan pelanconga­n di sini, dijangka bermula tahun ini, menurut Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata, perkongsia­n swasta bagi projek marin dan pelanconga­n itu mungkin membabitka­n pelabur dari Korea Selatan, China dan Jepun.

“Terdapat perbincang­an mengenai cadangan projek itu dan kita harap sekurang-kurangnya satu atau dua projek dalam sektor perikanan dan pelanconga­n akan dimulakan di sini tahun ini, dengan kesan limpahan kepada rakyat dan pulau ini.

“Kita akan memudahkan apa jua keperluan bertujuan untuk memastikan projek ini berjaya dilaksanak­an.

“Kita melihat kepada bidang yang kita boleh teroka sepenuhnya bagi potensi pelaburan seperti sektor marin dan pelanconga­n sama ada menerusi usaha kerajaan atau perkongsia­n swasta,” katanya kepada pemberita selepas menyerahka­n surat pelantikan kepada ketua kampung dan ketua majlis perwakilan penduduk di sini, semalam. - BERNAMA

 ??  ?? KHALID (duduk, tengah) bersama sebahagian ketua kampung yang dilantik di Labuan.
KHALID (duduk, tengah) bersama sebahagian ketua kampung yang dilantik di Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia