Harian Metro

Wanita lumpuh selepas tindik hidung

-

Rio de Janeiro: Seorang wanita yang menindik hidungnya semata-mata untuk kelihatan cantik akhirnya menerima padah apabila dia lumpuh dan terpaksa menggunaka­n kerusi roda akibat terkena jangkitan kuman.

Layane Dias, 21, menindik hidungnya pada Julai 2018 dan tidak lama selepas itu tempat ditindik menjadi bengkak serta berdarah.

Beberapa hari kemudian, Layane mengalami demam panas dan selepas demam itu reda dia mula merasa sakit pada bahagian kakinya.

Kesakitan itu mula menyebabka­n seluruh badan Layane menjadi kebas dan dia juga tidak boleh berjalan.

Ketika dirawat di hospital, Layane menjalani imbasan MRI dan doktor mendapati ada banyak nanah yang menekan tiga tulang di saraf tunjangnya.

Doktor juga percaya, Layane dijangkiti kuman selepas bertindik di hidung, antara anggota badan manusia yang bakteria biasanya membiak.

“Pada mulanya saya menyangka ia hanya jerawat di hidung tetapi ia membuatkan saya demam. Saya menyapu krim dan seminggu selepas itu ia pun hilang.

“Sekarang ini saya tidak boleh merasa apa-apa dari bahagian dada ke bawah,” katanya kepada BBC Brazil.

Seorang pakar bedah, Oswaldo Ribeiro Marquez yang mengetuai pembedahan membuang nanah di saraf tunjang Layena memberitah­u, dia tidak pernah melihat keadaan jangkitan kuman seperti itu yang berpunca daripada bertindik sepanjang 15 tahun kariernya.

Pembedahan itu berjaya menghalang jangkitan daripada terus merebak yang boleh membunuh Layane tetapi wanita berkenaan lumpuh seumur hidup.

“Saya sangat kecewa. Pada mulanya, saya sangat sedih dengan keadaan saya. Hidup saya berubah tetapi saya akhirnya gembira kerana masih boleh meneruskan kehidupan,” jelasnya. Agensi

 ??  ?? KEADAAN hidung Layane yang bengkak akibat jangkitan kuman selepas bertindik. - Agensi
KEADAAN hidung Layane yang bengkak akibat jangkitan kuman selepas bertindik. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia