Harian Metro

Iran ikrar balas dendam serangan bom

-

Presiden Iran, Hassan Rouhani, berikrar negaranya akan membalas serangan bom nekad yang membunuh 27 orang di selatan negara itu semalam, dipercayai dilakukan ‘kumpulan upahan’.

“Kami sudah pasti akan membalas perbuatan kumpulan upahan ini. Punca utama keganasan di rantau ini ialah Amerika (Syarikat) dan Zionis, serta sesetengah negara pengeluar minyak yang memberi bantuan kewangan kepada pengganas,” katanya yang disiarkan agensi berita rasmi Iran, IRNA, semalam.

Sementara itu, pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, bercakap melalui televisyen berkata, penyerang ada kaitan dengan agensi perisikan negara tertentu.

Serangan bom nekad semalam, mensasarka­n bas membawa Pengawal Revolusi di wilayah f Sistan-Baluchista­n, beberapa hari selepas Iran meraikan ulang tahun ke-40 Revolusi Islam yang menumbangk­an kerajaan sokongan Amerika, Shah Iran.

Kumpulan Jaish al-Adl mengaku bertanggun­gjawab melakukan serangan itu. - AFP

 ??  ?? SERANGAN bom mensasarka­n bas membawa Pengawal Revolusi. - Agensi
SERANGAN bom mensasarka­n bas membawa Pengawal Revolusi. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia