Harian Metro

LIZZY LEBIH SUKA BERLAKON

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Lima tahun dikurniaka­n ruang sebagai penyanyi, Elizabeth Tan, 26, atau mesra disapa Lizzy mula berasakan dunia lakonan lebih memberi kepuasan.

Malah, sejak ‘terjebak’ dalam bidang lakonan menerusi filem Usop Wilcha Menghonjan­g Makhluk Muzium pada 2015, Lizzy mulai kencang berlakon dalam beberapa drama.

“Sebenarnya saya lebih sukakan bidang lakonan kerana pernah aktif dalam pementasan drama ketika bersekolah dan menuntut di kolej.

“Nampaknya rezeki lebih murah dalam bidang nyanyian walaupun saya sebenarnya sangat gemuruh ketika menyanyi secara langsung di atas pentas kecuali dalam studio rakaman,” katanya.

Lizzy yang kini dikenali menerusi drama Senafas Rindu berganding­an dengan Syafiq Kyle mengakui tawaran berlakon yang diperoleh menjadikan dia mahu lebih serius sebagai pelakon.

Namun, untuk betul-betul serius dan bakat diperakui sebagai pelakon, dia perlu menimba sebanyak mungkin pengalaman di set penggambar­an.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia