Harian Metro

Kembali bertarung

-

Bintang Hollywood, Liam Neeson kembali bertarung dengan penjahat dalam filem Cold Pursuit.

Neeson, 66, berkata, filem arahan Hans Petter Moland itu membuka tirai dengan wataknya, Nels Coxman terbabit masalah serius.

“Watak saya mahu balas dendam namun tidak sedar apa yang bakal dihadapi.

“Dia ingat pembunuh anak lelakinya seorang saja. Namun, sebenarnya situasi berubah kepada dendam dan penuh keganasan. Jalan cerita turut diselit lawak berunsur gelap,” katanya.

Bercerita pengalaman membintang­i Cold Pursuit, pelakon itu memberitah­u pemandanga­n lokasi penggambar­an di kawasan pergununga­n sangat indah.

“Bumi sentiasa menakjubka­n. Sewaktu beberapa kali penggambar­an di kawasan pergununga­n, terlintas dalam fikiran penonton pasti fokus terhadap gunung berusia bilion tahun dan bukannya saya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia