Harian Metro

Panorama menusuk kalbu

- DARI MUKA 50

Terdapat 39 tingkat air terjun dalam Taman Eko Rimba Jerangkang

Semestinya buat kaki terjun tiruk, biarpun perjalanan perlu ditempuh termasuk trek sejauh lebih tiga kilometer menelan masa dua jam perjalanan sebelum sampai ke ‘base camp’ tingkat 20, ia nyata pengalaman berbaloi untuk kenangan sepanjang hayat.

Jalan menuju ke tapak perkhemaha­n Taman Eko Rimba Jerangkang juga bukan laluan yang biasa kerana hanya kenderaan spesifikas­i pacuan empat roda menjanjika­n perjalanan lancar menempuh trek tanah merah dan berlubang dalam.

Secara peribadi, untuk sampai ke tapak perkhemaha­n peserta ekspedisi ROH Jerangkang ini, boleh dikatakan peritnya menempuh trek mencanak hampir beberapa kali ‘putus nafas.’

Saranan buat anda yang tidak pernah terbabit dalam aktiviti lasak, membuat persiapan rapi bagi mengelak risiko kecede- raan selain memastikan stamina konsisten sepanjang perjalanan adalah sangat penting.

Ia berbaloi dengan pemandanga­n di depan mata kolam luas dengan air terjun tiga tingkat selain dikeliling­i hutan yang menghilang­kan kepenatan selepas penat berhempas-pulas untuk sampai ke destinasi itu.

Menurut jurupandu rekreasi atau ‘Gogo’ Jerangkang kali ini Haslizam Hashim, peserta ekspedisi berkenaan adalah kumpulan pertama dibawa masuk ke hutan eko Jerangkang pada tahun ini.

Katanya, antara keistimewa­an hutan berkenaan semestinya air terjun bertingkat dan puluhan kolam air jernih dan dalam buat peminat aktiviti air.

“Berdasarka­n rekod Jabatan Hutan Pahang, terdapat 39 tingkat air terjun yang terdapat dalam hutan ini. Secara tidak langsung, lokasi untuk berkhemah dan bermalam dalam hutan juga banyak serta tiada isu berebut tempat atau sebagainya.

“Namun sebelum masuk dan menjengah destinasi ini, perlu dapatkan dahulu permit dari Jabatan Hutan mengikut aktiviti dijalankan.

“Untuk kumpulan kami iaitu 27 orang termasuk empat kru, kami mendaftar atas permit mendaki dengan kadar RM10 seorang. Ini membolehka­n kita mendaki dan bermalam di hutan berkenaan,” katanya turut dibantu tiga kru lain iaitu Kapten (B) Ahmad Azuan Osman, Hasnul Husairi Baharum dan Brad Harnain Shafiai.

Berkenaan tarikan lain terdapat di lokasi air terjun ini, kata Haslizan, jika bernasib baik pengunjung akan ‘bertembung’ hidupan liar yang menghuni hutan terbabit.

“Antaranya kancil, napoh dan kalau bertuah boleh bertemu kambing gunung. Ketika ini untuk air terjun tiada aktiviti memancing dilakukan sebaliknya rutin saya bersama rakan ekspedisi lebih kepada merakam panorama dan pemandanga­n indah dari puncaknya,” katanya. - Nurul Husna Mahmud

 ??  ?? PEMANDANGA­N berlatarka­n air terjun.
PEMANDANGA­N berlatarka­n air terjun.
 ??  ?? PERLU menggunaka­n pacuan empat roda untuk melalui jalan
trek denai.
PERLU menggunaka­n pacuan empat roda untuk melalui jalan trek denai.
 ??  ?? UJI kemampuan diri anda dengan
mendaki.
UJI kemampuan diri anda dengan mendaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia