Harian Metro

Sentuhan moden, warna ceria

-

Menjengah ke pasaran tempatan sempena kedatangan bulan puasa, koleksi Ballighna Ramadhan Nursuraya menampilka­n pilihan abaya yang diberi sentuhan moden dengan warna ceria.

Kata perekanya, Hazreen Nursuraya Hashim, koleksi baru itu lebih menarik dengan ubah suai di hujung lengan dan bawah pinggang supaya tampak kembang beralun.

“Ada abaya yang kita gunakan renda bersama teknik lipatan bagi menghasilk­an susunan bertingkat. Ada juga yang diperincik­an dengan manik, sulam bunga, batu berkilat dan labuci, terutama di bahagian leher, dada, lengan serta tepi bawah baju.

“Semua abaya ini dihasilkan dengan kerjasama beberapa pereka dari Timur Tengah. Ia dijahit di Jeddah, Arab Saudi dan dibawa ke Malaysia, khusus untuk pasaran tempatan,” katanya.

Menurut Hazreen, rekaan abaya koleksi kali ini menonjolka­n konsep moden kontempora­ri, bercirikan kesederhan­aan, kesopanan dan keselesaan untuk menyerlahk­an lagi imej Muslimah pemakai.

“Busana ini sesuai untuk semua peringkat umur. Kami tahu, setiap kali Ramadan, ramai yang mencari jubah dan abaya selesa untuk dipakai ketika mengerjaka­n solat Tarawih di masjid, menghadiri majlis ilmu dan memenuhi jemputan berbuka puasa.

“Tambahan abaya memang mempunyai peminat tersendiri. Walaupun ia pakaian tradisiona­l masyarakat di Timur Tengah, masyarakat kita tidak janggal menggayaka­nnya untuk suasana santai mahupun rasmi.

“Sesuai dengan budaya Melayu yang mementingk­an nilai sopan dalam pemakaian, koleksi busana ini wajar dijadikan pilihan. Rekaannya yang unik dan moden buat pemakai kelihatan lebih anggun, eksklusif dan menepati trend,” katanya.

Mungkin ramai wanita pernah kecewa apabila saiz abaya ditempah tidak bertepatan ukuran tubuh hingga terpaksa mengeluark­an kos lain untuk ubah suai. Namun kata Hazreen, semua busana rekaannya bertepatan dengan saiz wanita Asia.

“Saya banyak mendapat inspirasi daripada gaya wanita Muslimah di negara Timur Tengah. Cuma di sana, semuanya hitam atau putih saja. Jadi, saya lakukan sedikit inovasi dan menggabung­kan perincian serta pilihan warna untuk mendapatka­n gaya bersesuaia­n dengan kehendak wanita Asia.

“Hasilnya, kami bawakan abaya pelbagai potongan menarik yang mesra wuduk, patuh syariah, menutup aurat dan longgar. Saya gunakan fabrik yang tidak memerangka­p haba, tidak mudah renyuk, tidak melekat pada tubuh, tidak jarang, lembut, berkualiti serta sesuai dengan cuaca di Malaysia.

“Selain itu, saya juga menggabung­kan penggunaan fabrik berkualiti seperti fursan, sifon, nida, lexus, satin, maliki, krep dan euro. Ada busana potongan lurus, A, rama-rama, puteri, kimono dan muat padan. Pilihan bergantung kepada cita rasa pemakai,” katanya. -Intan Mas Ayu Shahimi

Rekaan tonjol konsep

moden kontempora­ri, serlah imej Muslimah

 ??  ?? RENDA bersama teknik
lipatan bagi menghasilk­an
susunan bertingkat.
RENDA bersama teknik lipatan bagi menghasilk­an susunan bertingkat.
 ??  ?? ABAYA dengan perincian ropol
bermanik cukup manis
digayakan.
ABAYA dengan perincian ropol bermanik cukup manis digayakan.
 ??  ?? IKATAN pinggang untuk gaya kimono.
IKATAN pinggang untuk gaya kimono.
 ??  ?? PERINCIAN bunga tabur menaikkan seri abaya potongan rama-rama.
PERINCIAN bunga tabur menaikkan seri abaya potongan rama-rama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia