Harian Metro

Urus emosi kawal tekanan Dr Rozieta

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Hangat debat dan hujah di media sosial mengenai tekanan dalam kalangan ibu berkerjaya serta suri rumah. Ada yang mengatakan tekanan lebih besar dirasai wanita berkerjaya kerana terpaksa menguruska­n kerja di pejabat dan komitmen keluarga dalam satu masa.

Tidak kurang juga yang memperjuan­gkan susah payah suri rumah menguruska­n anak, mengemas, memasak, melayan kerenah anak dan kehendak suami serta pelbagai cabaran lain.

Jika meneliti satu persatu komen yang diberi netizen, ada yang lucu, tidak kurang juga kasar. Masing-masing punya pandangan dan alasan tersendiri hinggakan melarat kepada soal peranan, tanggungja­wab dan sunnah Rasulullah SAW.

Kata Pakar Keluarga dan Kasih Sayang, Prof Dr Rozieta Shaary, debat siapa yang lebih tertekan dan berisiko berdepan masalah mental tidak akan habis selagi masyarakat tidak faham punca mengapa ia berlaku.

“Tidak kira sama ada lelaki, ibu, suri rumah, wanita berkerjaya atau sesiapa saja, mereka terdedah kepada kecelaruan mental sekiranya tidak pandai mengurus tekanan.

“Sesiapa saja. Tekanan tidak mengenal mangsa. Kalau kita tidak pandai mengurus aktiviti harian, masa, kerja, keadaan, bahkan apa saja yang berlaku di sekeliling mereka, memang akan tertekan.

“Kita kena faham bahawa semua orang penat mengejar urusan dan rutin harian. Jadi, terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana hendak menguruska­n tekanan,” katanya.

Menurut Dr Rozieta, dalam rumah tangga, kebanyakan wanita berasa tertekan kerana tidak mampu mengawal diri. Tekanan mungkin boleh disebabkan suami dan anak, namun ia boleh dikawal sekiranya wanita tahu menguruska­n emosi dan berfikiran rasional.

“Ramai yang tanya, apa sebab wanita berkahwin mudah tertekan. Saya percaya, ada masanya cara mereka berfikir salah. Mereka terlalu fokus kepada kesilapan orang lain, menyalahka­n suami, serabut dengan ragam anak-anak, sedangkan cara berfikir sebegini tidak membantu diri untuk tenang.

“Jangan sesekali menyalahka­n orang luar. Itu semua faktor luaran yang tidak akan memberi kesan seandainya kita pandai mengawal diri dan emosi.

“Malah dalam al-Quran disebut, ‘Sesungguhn­ya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka’. Maksudnya, kitalah yang kena mengubah diri kita dari dalam.

“Apabila wanita itu tidak pandai berfikir rasional dan mengurus diri dengan baik, jika mesin basuh rosak sekalipun boleh menimbulka­n tekanan kepada diri. Anak tantrum, boleh buat ibu mudah tertekan. Sepatutnya, wanita kena berfikiran kreatif.

Cari punca mengapa anak bersikap demikian dan usahakan penyelesai­an terbaik. Bukan hidup dalam tekanan,” katanya.

Jelas Dr Rozieta, dalam kebanyakan situasi, setiap individu tidak boleh jadi baik hanya kerana faktor luaran, sebaliknya perlu bermula dengan diri mereka sendiri.

“Kuasa kendiri yang Allah SWT beri. Dia beri kita

Ramai wanita tertekan kerana gagal berfikir secara rasional

kebolehan untuk fikir, rasa, kata dan buat. Tiada siapa yang boleh ambil apa yang kita fikir dan rasa. Inilah kuasa dalaman yang boleh kita kawal sendiri.

“Dalam perbuatan dan kata-kata pula, walaupun ia membabitka­n paksaan orang lain, diri kita masih boleh menidakkan. Jadi, gunakanlah akal dan kebijaksan­aan sebaiknya. Usah terlalu mudah meletakkan kesalahan kepada orang lain,” katanya.

Melihat senario yang kerap berlaku dalam kalangan pasangan suami isteri kini, segelintir wanita mudah tertekan dengan masalah rumah tangga. Mereka mengaitkan beban kerja, tanggungja­wab, komitmen dan kesukaran menguruska­n keperluan keluarga sendirian sebagai punca tekanan.

Kata Dr Rozieta, hal itu dipercayai berlaku disebabkan jangkaan tinggi wanita terhadap pasangan masing-masing. Boleh jadi, mereka sentiasa berharap suami ada untuk membantu meringanka­n beban, tetapi akhirnya tiada yang menolong.

“Dalam dunia realiti, tentu ada banyak yang kita harap tetapi tidak berlaku. Benda yang kita jangkakan sempurna, namun hasilnya langsung tidak menepati jangkaan. Ini berbeza halnya dengan jangkaan kecil yang mendapat hasil besar. Kalau ini berlaku dalam hidup, tentu sekali kita gembira.

“Isteri selalunya mahukan suami yang baik, penyayang, romantis dan sebagainya. Tetapi jika realitinya tidak kesampaian, harapan sebeginila­h yang boleh mendatangk­an tekanan.

“Sebab itulah kita perlu tahu mengurus fikiran, keinginan, situasi atau apa saja jangkaan. Jalan terbaik, kurangkan jangkaan terhadap sesuatu yang kita tahu sukar. Umpamanya, kita jangkakan suami kurang sikit marah, boleh menikmati hidangan seadanya, biar jangkaan pada pasangan itu rendah. Lamalama ia mungkin boleh serasi.

“Kadang-kadang, orang zaman sekarang yang hendak berkahwin sudah letak jangkaan tinggi pada pasangan. Namun sebaik bergelar suami isteri, apa yang dibayangka­n jauh daripada apa yang dilihat di depan mata. Ambillah semua ini sebagai ujian dalam hidup. Bersederha­na dalam segenap hal,” katanya.

Tambahnya lagi, didikan mengenai ujian dan cabaran hidup sepatutnya bermula dari awal. Sebaiknya ia diajar dan dipupuk sejak usia kanak-kanak.

“Apabila anak faham mengenai ujian hidup, mereka akan membesar sebagai individu yang kental. Namun agak mengecewak­an apabila ramai ibu bapa hari ini gagal mengajar anak mengenai hal ini.

“Namun, apa yang kita lihat sekarang, kesilapan banyak berlaku dalam institusi keluarga kerana suami gagal mendidik isteri. Mereka tidak menunjukka­n contoh yang baik.

“Dari segi kepimpinan, apabila seseorang tidak menunjukka­n contoh yang baik, maka susahlah untuk mendidik. Suami banyak yang suka mengarah dan isteri pula kena patuh.

“Banyak orang berkahwin, tetapi tidak jelas dengan arah tuju selepas bergelar suami isteri. Kemudian, apabila sudah mempunyai anak, dia mahukan isteri belajar ilmu keibubapaa­n. Apabila isteri cuba praktikkan dan berkongsi ilmu, suami pula tidak boleh terima. Suami kena bangkitkan diri dengan kepimpinan yang mereka ada,” katanya.

Jelas Dr Rozieta, jika suami sudah tahu isteri terperangk­ap dalam tekanan, usahakan untuk membantu. Berilah sokongan dan tunjukkan kasih sayang. Paling penting, bawa isteri mendapatka­n rawatan daripada pakar bertauliah.

“Usah biar isteri bertarung dengan masalah sendirian. Isu berkait kesihatan mental ini tidak akan boleh pulih sendiri. Rujuklah pakar perubatan dan lakukan dengan rasa tanggungja­wab dan kasihsayan­g.

“Sebenarnya, layanan daripada pasangan, keluarga dan orang terdekat boleh menyumbang kepada pemulihan pesakit. Apabila suami dan keluarga ada di sisi, isteri akan rasa diri mereka penting, dikasihi dan diperlukan. Inilah yang akan beri mereka kekuatan untuk bangkit dan pulih.

“Ibu bapa mungkin boleh nyatakan kesediaan untuk membantu dan ambil tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga aanak. Namun, jika hendak menolong, mintalah kebenaran mereka dulu.

“Lazimnya, anak yang rapat dengan ibu bapa akan datang untuk minta bantuan dan nasihat. Jangan sesekali mengarah anak mengikut cara hidup kita, sebaliknya beri mereka ruang untuk mencorak kehidupan dan keluarga mereka,” katanya.

Jangan sesekali menyalahka­n orang luar. Itu semua faktor luaran yang tidak akan memberi kesan seandainya kita pandai mengawal diri dan emosi

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia