Harian Metro

ARENA MISI BESAR WATSON

- Reuters

 Mahu tinggalkan legasi berpanjang­an dalam dunia golf

Matlamat Bubba Watson sepanjang karier, antaranya menjadi kapten Piala Ryder dan meletakkan dirinya dalam Dewan Kemasyhura­n Golf Dunia, kata pemain Amerika Syarikat itu menjelang aksi mempertaha­nkan gelaran Terbuka Genesis di Riviera semalam.

Selepas berjaya melepasi sasaran awal, 10 kemenangan Jelajah PGA dengan 12 kejuaraan termasuk Masters pada 2012 dan 2014, Watson mula bercita-cita meninggalk­an legasi berpanjang­an dalam sukan itu.

“Untuk kepuasan peribadi, saya mahu berada dalam Dewan Kemasyhura­n,” katanya.

“Adakah ia perlukan dua lagi gelaran major? Atau tiga lagi kemenangan? Sepuluh lagi kemenangan? Saya tidak tahu.

“Selepas itu saya sentiasa mahu menjadi kapten Piala Ryder kerana ini adalah satu lagi bentuk Dewan Kemasyhura­n. Saya menganggap­nya sebagai sama.”

Watson berkata, malah sejak usia muda lagi dia sudah dipengaruh­i corak permainan beberapa bintang Piala Ryder.

(gambar)

“Saya masih ingat memenangi kejohanan golf pada usia 12 tahun, itulah mulanya saya menonton golf

TV, dan Payne Stewart di TV, itulah siapa yang saya tonton,” katanya.

“Kemudian pada tahun senior di sekolah tinggi iaitu pada 1997, ketika itu saya melihat Tiger (Woods), menyarung sweater merah longgar ... menggengga­m penumbukny­a.”

Kapten Piala Ryder AS biasanya berusia 50 tahun, jadi Watson mempunyai satu lagi dekad untuk menggalas tugas memilih pemain untuk kejohanan berpasukan dua tahun sekali menentang pasukan Eropah.

Pemain berusia 40 tahun itu akan membuktika­n kemampuann­ya di Riviera, di mana dia pernah menang tiga kali dalam tempoh lima tahun.

Biarpun sukan ini memberikan­nya populariti dan habuan AS$43 juta (RM175 juta) menerusi kejuaraan, Watson berkata usia memberikan­nya perspektif terhadap apa yang penting dalam hidup.

“Saya mahu menjadi suami dan bapa di Dewan Kemasyhura­n. Siapa peduli mengenai golf?”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia