Harian Metro

VERTONGHEN LUAR BIASA

- Reuters

London

Kemampuan pemain pertahanan Tottenham Hotspur Jan Vertonghen beraksi di pelbagai posisi menjadi nadi kemenangan 3-0 ke atas Borussia Dortmund dalam aksi peringkat pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara, menurut rakan sepasukan, Son Heung-min.

Vertonghen yang selalunya bermain di bahagian pertahanan ditugaskan beraksi di bahagian sayap kiri selepas ketiadaan Danny Rose yang mengalami kecederaan dan pemain serba boleh Belgium itu bertindak cemerlang dengan menjaringk­an satu gol dan mencipta satu bantuan gol dalam aksi di Wembley itu.

“Vertonghen memang hebat dan dia boleh beraksi di mana-mana posisi,” kata Heung-min selepas tamat perlawanan. “Saya sangat gembira dengannya dan berhak mendapat pujian. Satu gol dan satu bantuan gol.”

Sementara itu, jurulatih Tottenham Mauricio Pochettino enggan mendabik dada dengan kemenangan selesa ke atas Borussia Dortmund awal pagi semalam sebaliknya perlu mengatasi kelemahan pasukan itu untuk perlawanan kedua nanti.

Spurs mengejutka­n kelab Jerman itu menerusi penyerang kebangsaan Korea, Heung-min dua minit sebelum tamat masa dan meledak dua gol menerusi Vertonghen dan pemain gantian, Fernando Llorente.

“Ia menakjubka­n, persembaha­n yang baik ketika menyerang dan kesungguha­n tinggi ditunjukka­n pemain,” kata Pochettino.

“Pemain adalah wira. Mereka berhak dipuji kerana kesungguha­n ditunjukka­n pada musim ini menakjubka­n.

“Dengan perlawanan pertama berakhir 3-0 mereka sudah memperoleh­i keputusan yang bagus, tetapi kami akan berkunjung ke Dortmund dengan sasaran untuk menang. Ia keputusan bagus namun masih banyak kerja perlu dilakukan.”

Tottenham bagaimanap­un terpaksa menahan asakan lawan pendahulu Bundesliga itu yang banyak menguasai permainan pada minit awal permainan dan mempunyai beberapa peluang menjaringk­an gol.

Jurulatih kelahiran Argentina itu berkata, dia memberitah­u kepada pemainnya supaya cuba memperlaha­nkan rentak permainan lawan selain memastikan Dortmund yang dibarisi pemain sensasinya Jadon Sancho mencipta kemenangan.

“Saya boleh katakan pasukan kami gementar namun mempamerka­n aksi lebih baik pada separuh masa kedua. Dalam babak kedua permainan kami menunjukka­n beberapa situasi yang mengubah corak permainan,” kata

Pochettino.

Keputusan itu adalah rekod kekalahan besar di gelanggang lawan

Dortmund dalam Liga Juara-Juara. Sebelum ini, Dortmund turut dikejutkan dengan keputusan seri

3-3 menentang Hoffenheim minggu lalu walaupun mendahului 3-0 dan disingkirk­an Werder Bremen menerusi sepakan penalti dalam saingan Piala Jerman.

“Kami beraksi baik pada separuh masa pertama, mempunyai beberapa peluang.

Kami bertahan dengan baik dan penyerang dengan baik,” kata jurulatih Dortmund, Lucien Favre.

“Pada permulaan separuh masa kedua kami seolah menyerah. Ia seperti memberi laluan. Selepas itu kami juga bermain dengan tergesa-gesa dan ia benar-benar menyukarka­n kami. Selepas gol kedua ia sukar untuk bertahan dan mencipta peluang.

Bagi Favre dan pemain peluang pasukannya masih terbuka jika kena pada congakan.

“Ada masanya sesuatu yang bukan diatas akan mengatasi mereka yang diatas. Itulah keputusan. Kami perlu melakukan analisis dan bekerja keras untuk memperbaik­i kesilapan ini.”

 Heung-min kagum aksi rakan ketika benam Dortmund

 ?? Son Heung-min ?? Vertonghen memang hebat dan dia boleh
beraksi di mana-mana
posisi
Son Heung-min Vertonghen memang hebat dan dia boleh beraksi di mana-mana posisi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia