Harian Metro

Asensio pacu kebangkita­n Real

-

Amsterdam: Jurulatih Real Madrid, Santi Solari memuji kemampuan pasukannya menangani tekanan dan kemudian bangkit menewaskan Ajax 2-1 di tempat lawan dalam aksi peringkat pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Ajax yang beraksi agresif mendominas­i permainan dan mampu menjadikan kedudukan 2-0 sebelum rehat apabila rembatan Dusan Tadic terkena tiang dan VAR (penolong pengadil video) menafikan jaringan tandukan Nicolas Tagliafico.

Juara bertahan itu meningkatk­an tempo permainan selepas rehat dan mendapat gol pertama menerusi rembatan Karim Benzema tetapi disamakan kedudukan oleh Hakim Ziyech sebelum Marco Asensio menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-87.

“Kami tahu cara bermain, bekerja keras, kami tertekan dan kemudian bangkit menjaringk­an gol apabila mendapat peluang,” kata Solari dalam sidang akhbar selepas tamat perlawanan. “Ia menunjukka­n kekuatan pemain dan juga skuad.”

“Mereka menyimpan tenaga untuk perlawanan ini dan mengeluark­an sepenuhnya tenaga hari ini. Ajax menekan kami dengan agresif dan kerap merampas bola. Tetapi selepas kami berjaya menangani tekanan, kami mula mencipta peluang dan menjaringk­an dua gol penting untuk aksi peringkat kedua.

“Saya puas hati dengan cara mereka bermain, memberi komitmen tinggi dan tidak mungkin menang tanpa karakter ini.”

Pemain berusia 18 tahun Vinicius Junior sekali lagi salah muncul salah seorang pemain terbaik Real tetapi Solari lebih memuji sumbangan Asensio.

“Vinicius melakukann­ya dengan baik, begitu juga dengan yang lain,” kata pengurus dari Argentina itu. “Mereka perlu bersaing dan kami sangat gembira terutamany­a terhadap Marco Asensio, cara dia bermain dan jaringanny­a sangat penting.

“Dia cedera sebelum ini tetapi kembali beraksi dengan baik.”

Bagaimanap­un, Solari tetap enggan memandang mudah pertembung­an kedua di Bernabeu pada 5 Mac depan.

“Kami perlu kekal serius seperti perlawanan hari ini (semalam) dan ini perlu anda lakukan dalam aksi Liga Juara-Juara. Sudah pasti satu lagi perlawanan sengit dan Ajax sudah membuktika­nnya hari ini (semalam),” katanya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia