Harian Metro

Bayern tagih kudrat Neuer

-

Berlin: Bayern Munich berharap penjaga gol utama mereka, Manuel Neuer dapat kembali beraksi menentang kelab bermasalah Augsburg di tempat lawan dalam aksi Bundesliga, awal pagi esok.

Perlawanan itu dianggap pemanas badan terakhir menjelang pertembung­an getir menentang Liverpool dalam aksi Liga Juara-Juara minggu depan.

Neuer, 32, tidak beraksi dalam tiga perlawanan terakhir Bayern selepas mengalami kecederaan ibu jari tetapi dijangka cergas bagi menentang Augsburg sebelum berkunjung ke Anfield dalam saingan pertama pusingan 16 terakhir pada Selasa depan.

“Neuer tiada reaksi negatif jadi dia menjadi pilihan untuk aksi pada Jumaat ini (awal pagi Sabtu),” kata ketua jurulatih Bayern, Niko Kovac semalam.

Neuer pula yakin dia akan beraksi menentang Liverpool. “Saya rasa saya akan mengawal gawang. Saya semakin baik, ia tak terlalu teruk.”

Bagaimanap­un, Kovac tetap risau menurunkan­nya beraksi terutama selepas Neuer pernah patah kaki dua kali dalam jangka masa singkat pada 2017 yang menyaksika­nnya tidak beraksi hampir keseluruha­n musim lalu.

“Neuer penjaga gol bersemanga­t tinggi,” kata Kovac. “Dia membuat keputusan tidak beraksi dalam sesetengah perlawanan dan dalam kes ini

dia sudah pun bersedia.”

“Saya berharap dapat menewaskan Augsburg dan mengelakka­n mereka menjaringk­an gol,” kata Kovac.

“Kami mempunyai masa untuk pulih dan tidak boleh memandang mudah Augsburg kerana ini adalah peluang kami kembali dalam persaingan liga.”

Liverpool menerima kunjungan Bayern dan mempunyai tempoh rehat 10 hari sejak menewaskan Bournemout­h 3-0 pada Sabtu lepas tetapi Kovac berkata, tempoh rehat itu sebaliknya memberi kelebihan kepada gergasi Jerman itu.

“Kami menentang finalis tahun lalu dan mereka mengeluark­an lebih banyak wang berbanding kami,” kata Kovac merujuk pembelian berprofil tinggi Liverpool seperti Alisson dan pemain tengah Naby Keita serta Fabinho. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia