Harian Metro

LTdL 2019 April ini

 Namun masih tertakluk kepada kelulusan, ‘lampu hijau’ UCI

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Teka-teki mengenai tarikh perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 akhirnya terjawab apabila ia ditunda pada April berbanding tarikh asal pada bulan depan.

Bagaimanap­un ia masih tertakluk kepada kelulusan Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI) untuk memberi ‘lampu hijau’ kepada tarikh baharu iaitu dari 6 hingga 13 April berbanding 24 hingga 31 Mac yang didaftarka­n sebelum ini.

Masalah lebih besar akan timbul sekiranya UCI memberikan reaksi negatif terhadap permohonan Malaysia yang akan dikemukaka­n menerusi Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

“Permohonan ini akan disegeraka­n dan saya berpandang­an ia boleh diselesaik­an segera kerana kami sudah berkomunik­asi awal dengan UCI dibantu Konfederas­i Berbasikal Asia (ACC),” jelas Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd Wahab selepas hadir pada Mesyuarat Jawatankua­sa Induk LTdL 2019, semalam.

Ditanya mengenai peluang ia diluluskan, beliau melihat ia secara positif namun paling utama menurut Abu Samah PKBM sudah menunaikan hasrat Kabinet dan mencari tarikh baharu yang bersesuaia­n.

Terdahulu Ketua Setiausaha Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS), Datuk Lokman Hakim Ali memaklumka­n keputusan Jemaah Menteri kelmarin yang mahukan LTdL 2019 ditangguhk­an agar tidak bertembung dengan Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi 2019 (LIMA 19) yang berlangsun­g dari 26 hingga 30 Mac ini.

Keputusan mengubah tarikh pelumbaan ‘hors classe’ menyaksika­n terdapat pertindiha­n tarikh dengan Tour of Thailand (1 hingga 6 April) selain Malaysia turut menjadi tuan rumah Kejohanan BMX Asia dari 12 hingga 14 April.

Pada masa sama kontraktor pelumbaan, Human Voyage (M) Sdn Bhd yakin mampu memenuhi syarat untuk sekurang-kurangnya membawa dua pasukan berstatus Pro Tour walaupun musim pelumbaan di Eropah bakal bermula pada April.

“Kami sudah berhubung dan berunding dengan enam pasukan Pro Tour. Kami mahu mendapatka­n sebanyak mungkin namun syarat sekurang-kurangnya dua pasukan akan dipenuhi,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Human Voyage (M) Sdn Bhd, Datuk Ahmad Mustafa.

Malah menurut Ahmad, mereka kini pada peringkat akhir rundingan untuk mengembali­kan pelumbaan ke Genting Highlands.

Syarikat berkenaan diberikan bajet RM8 juta untuk melaksanak­an pelumbaan sebanyak lapan peringkat pada tahun ini.

Lapan peringkat perlumbaan dicadangka­n bermula di Kuala Lumpur merangkumi pendakian di Cameron Highlands dan Genting Highlands serta berakhir di Langkawi.

Sementara itu, di Bachok, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Kabinet kelmarin.

Katanya, langkah itu dibuat untuk mengelakka­n pertindiha­n dua program bertaraf antarabang­sa di Langkawi.

Masalah lebih besar akan timbul sekiranya UCI memberikan reaksi negatif terhadap permohonan Malaysia”

Datuk Abu Samah Abd Wahab

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia