Harian Metro

BAM berat ‘lepas’ Ee Wei

-

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan berat hati mengumumka­n permata baru yang sedang menyinar iaitu Toh Ee Wei mengambil keputusan meninggalk­an badan induk itu kerana masalah kesihatan. Dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan (C&T) semalam, Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai berkata, pemain beregu wanita itu baru saja menjalani pembedahan kecil akibat masalah resdung.

“Dia (Ee Wei) pada mulanya disarankan hanya mengambil cuti panjang selepas menjalani pembedahan, namun mungkin disebabkan doktor memberi nasihat dia perlu berehat dalam tempoh lama menyebabka­n dia membuat keputusan untuk meninggalk­an BAM,” kata Chin Chai yang juga Pengerusi Jawatankua­sa C&T.

Katanya, Ee Wei yang juga pemenang pingat perak Kejohanan Remaja Dunia 2018 di Kanada, diberi ruang untuk menyertai semula BAM pada masa akan datang.

“Jika sudah sembuh, dia boleh menyertai semula BAM. Bagaimanap­un, sekarang kami menganggap ia satu kehilangan besar. Rakan segandinga­nnya, Pearly Tan akan berganding­an dengan seorang lagi pemain muda Yap Ling,” kata Chin Chai.

Ee Wei juga pernah meraih gangsa di Kejohanan Remaja Dunia 2016 di Bilbao, Sepanyol dalam acara beregu campuran dan ketika itu dia berganding­an bersama Chen Tang Jie.

Tahun lalu dia bersama Pearly berjaya merangkul kejuaraan Cabaran Antarabang­sa Remaja Malaysia di Kangar, Perlis dan naib juara Kejohanan Badminton Remaja Asia.

Pemain berusia 19 tahun itu juga pernah muncul juara beregu wanita Terbuka Remaja Belanda dan naib juara Cabaran Antarabang­sa Remaja Thailand.

Selain Ee Wei, tiga lagi pemain turut mengambil keputusan untuk meninggalk­an BAM iaitu Tan Wee Gieen, Shia Chun Kang (beregu lelaki) dan Eng Sin Jou (beregu wanita).

Dalam pada itu, BAM juga mengumumka­n skuad yang akan beraksi di Kejohanan Berpasukan Campuran Asia bagi merebut Piala Tong Yun Kai.

Pemain yang disenaraik­an BAM ialah Cheam June Wei, Soong Joo Ven (perseorang­an lelaki), Lee Ying Ying, Ho Yen Mei (perseorang­an wanita), Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong (beregu lelaki), Pearly-Yap Ling, Anna Cheong-Lim Chiew Sien (beregu wanita) dan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See, Tang Jie-Peck Yen Wei.

Menurut Pengarah Teknikal BAM, Wong Choong Han, penyenarai­an pemain muda bertujuan pendedahan dan pembelajar­an.

“Ini adalah platform terbaik buat mereka belajar sesuatu. Dari situ kita mengharapk­an mereka memberikan persembaha­n terbaik ataupun melakukan kejutan,” kata bekas pemain perseorang­an lelaki negara itu.

 ??  ?? NG (kanan) bersama Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann di Bukit Kiara, semalam.
NG (kanan) bersama Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann di Bukit Kiara, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia