Harian Metro

Mana

- Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@hmetro.com.my

“Memang tidak ada apa-apa perkembang­an terkini mengenai bantuan daripada menteri atau pihak lain. Maknanya cerita (bantuan) itu senyap begitu saja,” kata atlet para, Shukor Farhan Suliman.

Pemenang pingat emas acara tiga kilometer kejar-mengejar berbasikal individu di Sukan Para Asean 2017 itu berkata, disebabkan itu fokusnya kini mencari pendapatan dengan mengusahak­an kedai gunting rambut dan gerai jualan jambu.

Apatah lagi, katanya, isterinya, Norhasliza Zainal, 24, dijangka melahirkan anak sulung mereka pada 21 Februari ini menyebabka­n dia perlu bertungkus lumus mengumpul wang untuk perbelanja­an keluarga.

“Dalam pertemuan dengan Syed Saddiq (Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) di rumahnya bulan lalu, beliau maklumkan akan beri bantuan.

“Beliau kata akan cuba sedaya upaya untuk bantu kebajikan kami, tapi apa bantuannya memang tidak jelas. Malah, sampai sekarang tidak ada apa-apa berita mengenai bantuan itu dan saya tidaklah sampai nak menagih bantuan,” katanya kepada Arena Metro.

Sebelum ini dilaporkan, Syed Saddiq menemui Shukor Farhan, 23, yang juga bekas pelumba basikal para kebangsaan dan jurumudi pelumba basikal buta, Mohd Nur Syafiq Suhaimy, 27, yang tidak ditawarkan semula menjadi atlet sepenuh masa menerusi program Majlis Sukan Negara (MSN) dan bersedia membantu mereka.

Nasib mereka yang terpaksa berniaga jambu di tepi jalan berhampira­n TTDI Jaya, Shah Alam, turut dikongsika­n semula bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam media sosialnya kelmarin, ketika menolak idea kerajaan untuk menganjurk­an kembali perlumbaan F1 di negara ini, sedangkan kebajikan atlet tidak terbela.

Mengulas lanjut, Shukor Farhan berkata, disebabkan masalah yang berlaku, dia kini meletakkan noktah untuk kembali mewakili negara dalam sukan lumba basikal para.

“Kalau ikutkan sebagai atlet memang niat saya untuk terus mewakili negara. Namun memandangk­an apa dilakukan oleh MSN, saya jadi kecewa dan tawar hati.

“Bayangkan kontrak saya ditamatkan serta-merta pada Disember lalu dan saya dapat tahu pun pada waktu sama. Sebagai manusia biasa memang saya rasa kecewa dan tertekan punca pendapatan hilang begitu saja, dengan isteri hendak bersalin tidak lama lagi.

“Ketua pengarah ada tawar untuk masuk semula MSN, tapi saya cakap buat apa, nanti saya akan berada bersama orang yang sama dan lambat-laun, akan ditendang keluar juga apabila tidak disukai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap pihak Kementeria­n Belia dan Sukan segera menambah baik isu kebajikan atlet agar mereka tidak mengalami masalah sama pada masa depan.

 ?? FOTO: SUPIAN AHMAD ?? SHUKOR Farhan (kiri) melayan pelanggan di gerai yang diusahakan bersama abang iparnya, Redza Sulaiman (tengah) dan jurumudi pelumba basikal para, Mohd Nur Syafiq Suhaimy.
FOTO: SUPIAN AHMAD SHUKOR Farhan (kiri) melayan pelanggan di gerai yang diusahakan bersama abang iparnya, Redza Sulaiman (tengah) dan jurumudi pelumba basikal para, Mohd Nur Syafiq Suhaimy.
 ??  ?? AKSI Shukor Farhan di Sukan Para Asean lalu.
AKSI Shukor Farhan di Sukan Para Asean lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia