Harian Metro

Dominic optimis skuad beri kejutan

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Tonggak pertahanan tengah skuad bawah 22 (B-22) tahun negara, Dominic Tan percaya pasukan itu mempunyai kualiti untuk tetap memberikan cabaran sengit dalam Kejuaraan Piala AFF B-22 di Kemboja di sebalik pelbagai isu yang membelengg­u persiapan pasukan itu.

Kehilangan lima tonggak utama yang tidak dilepaskan oleh pasukan liga tempatan hampir melumpuhka­n kekuatan skuad negara yang dilihat berada pada situasi sukar di Kemboja apabila diundi sekumpulan dengan pasukan kuat seperti Myanmar, Indonesia dan tuan rumah dalam Kumpulan B.

Menjadikan keadaan lebih malang, pengendali pasukan Datuk Ong Kim Swee yang hanya mempunyai tiga pemain di bahagian tengah dengan salah seorang tonggak, Nik Akif Syahiran Nik Mat baharu pulih daripada kecederaan lutut

“Bagi saya pemain yang ada di sini memang ada kualiti. Pemain lama yang tak ada perlu digunakan sebaiknya oleh pemain baharu utnuk merebut tempat.

“Macam saya pemain lama pun kena rebut tempat juga dan masing-masing ada kelebihan tersendiri.

Saya yakin kami boleh lakukan kejutan di Kemboja nanti,” kata pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Kim Swee sebelum ini dilaporkan kecewa dengan beberapa pasukan yang tidak melepaskan pemain bagi mengikuti latihan

(gambar)

skuad negara.

Malah, pengendali dari Melaka itu juga turut kecewa dengan Terengganu FC II yang tidak memberi sebarang respons berhubung usaha mendapatka­n Muhammad Izzan Syahmi dengan langsung tidak menjawab atau membalas panggilan skuad negara.

Dominic yang membantu skuad B-23 mencipta sejarah mara hingga ke suku akhir Piala AFC B-23 di China pada tahun lalu mengakui tidak kisah untuk berganding­an dengan mana-mana pemain selepas bekas rakan segandinga­nnya, Adam Nor Azlin sudah menjangkau usia 22 tahun ke atas.

“Sebagai pemain bola sepak, kita perlu siap sedia untuk digandingk­an dengan sesiapapun walaupun ramai pemain baharu kali ini, saya percaya kita mampu bentuk benteng yang baik,” katanya.

Malaysia akan memulakan kempen berdepan tuan rumah, Kemboja pada Isnin ini, diikuti Indonesia (20 Februari) sebelum menamatkan pusingan awal menentang Myanmar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia