Harian Metro

Mat Nan pastikan kubu kebal

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Pemain import pertahanan Kedah, Renan Alves tidak mahu dibuai pujian daripada penyokong walaupun berjaya menghasilk­an gol peribadi pertama untuk skuad Lang Merah pada aksi kedua Liga Super menentang Perak yang berkesudah­an seri 1-1 Jumaat lalu.

Malah pemain kental kelahiran Rio De Janeiro, Brazil berusia 26 tahun yang digelar ‘Mat Nan’ ini menganggap usaha yang terhasil itu akan terus membakar semangatny­a untuk terus bersama-sama pemain lain membantu Kedah mencapai kemenangan dalam aksi seterusnya bertemu Felda United di Stadium Darul Aman, esok.

“Jaringan lalu yang dihasilkan memang penting tetapi membantu pasukan meraih mata itu lebih utama dibantu semangat juang yang ditunjukka­n rakan sepasukan.

“Berhadapan Felda United, kita perlu tetap berhati-hati kerana mereka memiliki corak permainan pantas dan untuk itu kita harus terus fokus dan bekerja keras dalam memburu kejayaan pasukan.

“Saya mahu berusaha sebaik mungkin untuk pastikan benteng pertahanan Kedah dapat menepis segala cubaan bahaya daripada pihak lawan. Saya yakin perancanga­n taktikal ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak mampu meletakkan Kedah di tahap terbaik pada saingan Liga Super musim ini,” katanya.

“Saya dapat menerima taktikal yang dirancang oleh jurulatih Aidil dengan baik dan ini juga diyakini oleh semua pemain import dan juga pemain tempatan lain yang bersama-sama menunjukka­n sikap penuh semangat,” katanya.

 ??  ?? AKSI Renan Alves dalam saingan sebelum ini.
AKSI Renan Alves dalam saingan sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia