Harian Metro

Pahang mahu lakar kemenangan hatrik

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Skuad Pahang mahu melakar hatrik kemenangan apabila bertemu Melaka United pada perlawanan ketiga Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, esok.

Dengan dua kemenangan berturut-turut ketika membenam Kuala Lumpur 3-1 dan 3-0 ke atas Terengganu TC (TFC) sudah cukup memberi keyakinan buat skuad Tok Gajah meneruskan rentak cemerlang itu.

Justeru, pemain pertahanan, Mohd Faisal Rosli atau Tocang akan memastikan benteng skuad kendalian Dollah Salleh itu kebal bertahan menyekat serangan tuan rumah.

“Kejayaan mengekalka­n gawang daripada dibolosi ketika menewaskan TFC memberikan semangat dan kekuatan kepada kami untuk terus beraksi pada prestasi terbaik.

“Biarpun lawan memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri, kami sudah membuktika­n bahawa tiada yang mustahil untuk mengutip tiga mata di tempat lawan.

“Ia dibuktikan ketika kami menewaskan Kuala Lumpur di Cheras pada perlawanan pertama liga dan kunjungan ini lebih kepada merekodkan kemenangan,” katanya.

Ditanya pemain Melaka United yang akan menjadi tumpuan Tok Gajah, Mohd Faisal berkata, kapten pasukan, Safiq Rahim dan Liridon Krasniqi antara pemain yang perlu diawasi.

Katanya, dua pemain itu mempamerka­n prestasi terbaik tuan rumah dan pada masa sama, Melaka United turut mencatat dua kemenangan ke atas PJ City dan PKNS FC.

 ??  ?? ANTARA aksi Mohd Faisal (tengah) dalam saingan sebelum ini.
ANTARA aksi Mohd Faisal (tengah) dalam saingan sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia