Harian Metro

MIKROFON SAMBUNG NYAWA

41 penghuni Pusat Tahfiz Tarbiyatun Nisa nyaris terperangk­ap dalam kebakaran

- Recqueal Raimi cnews@nstp.com.my

Tindakan pantas beberapa pelajar naik ke tingkat satu bangunan asrama yang terbakar menyelamat­kan sekumpulan pelajar lain daripada terperangk­ap dalam kebakaran di asrama Pusat Tahfiz Tarbiyatun Nisa di Kampung Marabahai, pagi semalam.

Dalam kejadian kirakira jam 6.50 pagi itu, seramai 45 penghuni asrama terdiri daripada pelajar tahfiz perempuan dalam kalangan anak yatim dan fakir miskin hilang tempat berlindung dengan api dipercayai bermula dari tingkat bawah di bangunan dua tingkat separuh kekal terbabit.

Penghuni asrama, Aqilla Nadia Nana, 17, berkata, sebelum kejadian dia dan penghuni lain menghadiri kuliah subuh di tingkat bawah, manakala beberapa lagi rakan berehat di asrama di tingkat atas kerana kurang sihat.

“Sebaik selesai kuliah, saya dan rakan kembali ke asrama kami di tingkat bawah, namun sebaik membuka pintu, tibatiba asap tebal keluar menyebabka­n mata kami pedih dan sukar melihat.

“Mengenangk­an rakan yang kurang sihat berehat di tingkat atas, saya segera mencapai mikrofon lalu membuat pengumuman sekuat hati memaklumka­n ada kebakaran dan meminta semua penghuni menyelamat­kan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Aqilla Nadia berkata, dia dan rakan tetap berasa tidak sedap hati lalu nekad naik ke tingkat atas dan mengejutka­n rakan yang tidur, manakala rakan lain bergegas memaklumka­n kepada ustazah untuk menghubung­i bomba.

“Walaupun asap tebal menyelubun­gi tingkat bawah, tangga masih boleh digunakan dan saya sempat menyelamat­kan rakan-rakan yang kurang sihat.

“Mujur, semua sempat keluar menyelamat­kan diri tetapi perabot seperti katil, almari dan barang keperluan musnah sekelip mata. Hanya sebahagian penghuni sahaja sempat mengambil dompet yang menyimpan kad pengenalan,” katanya.

Difahamkan, ketika kejadian seramai 41 penghuni berada di bangunan terbabit, manakala empat lagi pulang ke kampung dan sebahagian mereka kini menumpang sementara di surau berhampira­n sementara yang mempunyai penjaga dibenarkan pulang.

Sementara itu, pengurus asrama, ustazah Aishah Abdul Halim berkata, kejadian itu pertama kali berlaku sejak asrama pusat tahfiz berkenaan mula dibuka pada 2016.

“Asrama ini dilengkapi alat pemadam api, tangga keselamata­n, pili air dan pihak pengurusan sering berhubung dengan bomba untuk mengadakan latihan kebakaran. Semua penghuni masih dalam keadaan terkejut namun terkawal,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an sumbangan boleh menghubung­i ustazah Aishah di talian 013-4148823 atau menyalurka­n terus ke nombor akaun Pertubuhan Amal Tarbiyatun Nisa, 1005201011­4368 (Bank Islam).

 ??  ?? ASRAMA Pusat Tahfiz Tarbiyatun Nisa yang menempatka­n 41 pelajar perempuan di Kampung Marabahai musnah dalam
kebakaran.
ASRAMA Pusat Tahfiz Tarbiyatun Nisa yang menempatka­n 41 pelajar perempuan di Kampung Marabahai musnah dalam kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia