Harian Metro

Empat beradik terbiar diselamatk­an

-

Sandakan: Empat beradik yang mendiami sebuah rumah terbiar berhampira­n sebuah stesen minyak di Taman Rimba, Batu 7 di sini, diselamatk­an Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am (JPKA) Sabah.

Empat beradik berusia sembilan hingga 14 tahun dipercayai tinggal di rumah terbabit bersama nenek mereka sejak dua bulan lalu.

Nasib mereka bagaimanap­un cuma diketahui selepas gambar mereka yang hidup dalam keadaan daif tersebar menerusi laman sosial sejak malam kelmarin.

Pegawai Perhubunga­n Ahli Parlimen Sandakan, Liew Chan Hang berkata, pihaknya bersama JPKA melawat empat beradik itu selepas mendapat laporan dan mendapati mereka adalah warganegar­a, namun berdepan masalah keluarga.

Katanya, pemimpin pembanguna­n masyarakat di GumGum bersetuju untuk menumpangk­an rumah pekerja di Kampung Desa Wawasan, Batu 19, dekat sini, kepada keluarga berkenaan.

“Hasil lawatan juga, JPKA akan memberi bantuan yang sepatutnya kepada keluarga ini dan memastikan kanakkanak ini dapat pergi ke sekolah semula.

“Mereka dipindahka­n hari ini (semalam). Kita harap dengan bantuan ini mereka dapat menjalani kehidupan lebih baik seperti orang lain,” katanya.

 ??  ?? EMPAT beradik yang tinggal dalam rumah terbiar bersama nenek mereka di Batu 7 di Sandakan.
EMPAT beradik yang tinggal dalam rumah terbiar bersama nenek mereka di Batu 7 di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia