Harian Metro

Fokus produk halal Sarawak

- Melvin Joni cnews@nstp.com.my

 Pengusaha PKS disaran sertai MIHAS2019 untuk kembang perniagaan

Lebih banyak syarikat dari Sarawak, khususnya usahawan kecil dan sederhana (PKS) yang terbabit dalam industri halal digalakkan menyertai Pameran Halal Antarabang­sa Malaysia 2019 (MIHAS2019).

Dianjurkan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), MIHAS2019 dijadualka­n berlangsun­g di Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dari 3 hingga 6 Februari.

Timbalan Pengarah Seksyen Halal, F&B dan Agro MATRADE, Khairul Nizam Moonier berkata, acara itu platform penting untuk syarikat dan PKS di Sarawak mengembang­kan perniagaan halal ke peringkat nasional serta global.

Malah, katanya, MIHAS memiliki banyak kelebihan, termasuk pengiktira­fan sebagai pameran halal terbesar di dunia, selain turut disertai lebih 1,000 pembeli serta pengimport antarabang­sa.

“Untuk 2018, hanya 10 saja syarikat dari Sarawak menyertai MIHAS. Justeru, kami menyasarka­n lebih banyak syarikat dalam industri halal di negeri ini pameran kali ini.

“Melalui pameran ini, ia bukan saja membantu mempromosi­kan produk halal di

menyertai Sarawak, malah membuka jaringan perniagaan dan kerjasama antara syarikat dari Sarawak dengan syarikat sama ada dalam atau luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Seminar Peluang Perniagaan Dalam Industri Halal Malaysia 2019 di hotel terkemuka, di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Wilayah MATRADE Sarawak, Leany Mokhtar.

Sementara itu, Leany berkata, Sarawak mempunyai kepelbagai­an produk halal yang berpotensi diketengah­kan sehingga ke pasaran antarabang­sa.

Justeru, beliau menjelaska­n melalui penyertaan dalam MIHAS, ia boleh membuka pasaran eksport ke atas produk halal yang diketengah­kan syarikat, termasuk PKS di negeri ini.

“Mereka boleh menambah nilai jenama dengan mengguna pakai pensijilan halal agar dapat menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan halal global,” katanya.

Leany menjelaska­n, setakat ini ada 464 ahli MATRADE dan 128 syarikat di Sarawak terbabit dalam industri halal seperti makanan dan minuman, kosmetik serta jentera.

Beliau berharap agar lebih banyak lagi syarikat dalam industri halal di Sarawak tampil dan bekerjasam­a dengan MATRADE.

Katanya, MATRADE sebagai agensi bertanggun­gjawab dalam mempromosi perdaganga­n di Malaysia menawarkan sokongan untuk pembanguna­n pengekspor­t dan promosi eksport.

 ?? Leany ?? LEANY (kiri) menunjukka­n risalah mengenai MIHAS2019. Mereka boleh menambah nilai jenama dengan mengguna pakai pensijilan halal”
Leany LEANY (kiri) menunjukka­n risalah mengenai MIHAS2019. Mereka boleh menambah nilai jenama dengan mengguna pakai pensijilan halal”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia