Harian Metro

Projek RTP tingkat taraf hidup rakyat

-

Kuching: Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) banyak memberi manfaat kepada masyarakat di kawasan pedalaman dan luar bandar di negeri ini.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kerajaan negeri komited untuk memperbaik­i kemudahan infrastruk­tur asas, utiliti dan kemudahan sosial lain untuk membolehka­n penduduk setempat menikmati taraf hidup yang lebih baik.

“Pengagihan peruntukan RTP disalurkan menerusi pelbagai agensi pelaksana yang akan melaksanak­an, mengawasi dan memantau projek itu agar ia berjalan lancar.

“Begitu juga di kawasan Batang Sadong banyak projek di bawah RTP yang dijalankan bagi manfaat masyarakat di kawasan ini,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Tapak Projek RTP2018 Batang Sadong, di sini semalam.

Nancy ketika mengulas lanjut berkata, dalam tempoh terdekat, tiga projek RTP bernilai RM170,000 yang diluluskan akan dimulakan pelaksanaa­nnya.

“Ia membabitka­n projek naik taraf dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Terasi berjumlah RM50,000, baik pulih Pusat Sumber Kampung Sungai Putin berjumlah RM50,000 dan bina baru Dataran Kejat Kampung Sungai Putin berjumlah RM70,000,” katanya.

Beliau berkata, sesi cabutan undi untuk kontraktor dibuat dalam tempoh terdekat sebelum kerja pembinaan bermula.

 ??  ?? NANCY (dua dari kanan) meninjau pelaksanaa­n RTP dalam kawasan Batang Sadong di Simunjan.
NANCY (dua dari kanan) meninjau pelaksanaa­n RTP dalam kawasan Batang Sadong di Simunjan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia