Harian Metro

Tiada terkecuali

- Olivia Miwil olivia@nst.com.my

 Sabah cadang kanak-kanak tiada kerakyatan diberi vaksin

Kerajaan Sabah mempertimb­angkan untuk memberi vaksin kepada semua kanak-kanak termasuk yang tiada kerakyatan.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah, Datuk Stephen Wong berkata, langkah pencegahan untuk meningkatk­an imuniti kelompok itu bagaimanap­un masih dalam perbincang­an dengan Kementeria­n Kesihatan.

“Apabila bercakap mengenai kanak-kanak tiada kerakyatan yang ada penyakit, mereka boleh memindahka­n kepada rakyat kita.

“Sehubungan itu, kita akan membincang­kan dengan Kementeria­n Kesihatan berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n laman sesawang kementeria­n itu dan sambutan Tahun Baharu Cina di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah pencegahan yang diambil kerajaan negeri susulan penularan wabak demam campak di Filipina apabila lebih 4,000 kes dan 70 kematian dilaporkan setakat ini.

Susulan wabak itu, Jabatan Kesihatan Sabah akan melakukan aktiviti imunisasi tambahan kepada komuniti.

Sehingga 9 Februari lalu, Sabah mencatatka­n tiga kes demam campak membabitka­n kanak-kanak yang tidak mendapat suntikan imunisasi berumur setahun hingga enam tahun dengan dua daripadany­a adalah warga asing.

Sepanjang tahun lalu, Sabah merekodkan 73 kes demam campak dengan satu kematian iaitu hanya 15 peratus daripada mereka disuntik dengan kes paling banyak dilaporkan ialah di Kudat iaitu 30, diikuti Semporna (21) manakala Kota Kinabalu dan Tawau, masing-masing empat kes.

Terdahulu, Wong berkata, laman sesawang kementeria­nnya iaitu www.kkkr.sabah.gov.my adalah platform untuk berinterak­si dan berkongsi maklumat yang tepat dengan orang ramai.

 ?? Stephen Wong ?? Apabila kita bercakap mengenai kanak-kanak tiada kerakyatan yang mana ada penyakit, mereka boleh memindahka­n kepada rakyat kita”
Stephen Wong Apabila kita bercakap mengenai kanak-kanak tiada kerakyatan yang mana ada penyakit, mereka boleh memindahka­n kepada rakyat kita”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia