Harian Metro

Sabah pasaran utama Volkswagen di Malaysia timur

-

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) semalam melancarka­n Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti (3S) ke-18 di Malaysia menerusi pembukaan Pusat 3S Volkswagen Kota Bumi di Inanam, dekat sini.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, pembukaan satu-satunya Pusat 3S kenderaan Volkswagen di Sabah dan Labuan itu bakal menjadikan Sabah sebagai pasaran utama kereta buatan Jerman itu di Malaysia timur.

Katanya, sekarang adalah masa yang tepat untuk Volkswagen mengembang­kan pasaran di Sabah sejajar minat pelanggan terhadap jenama itu yang semakin meningkat, ditambah dengan adanya Pusat 3S serba lengkap yang menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an di bawah satu bumbung.

“Keutamaan kita untuk memastikan pelanggan gembira memiliki Volkswagen dan kuncinya ialah kepuasan pelanggan. Kita percaya ini hanya boleh dicapai dengan sokongan kuat rakan pengedar dan sebab itu saya mengucapka­n tahniah atas komitmen Kota

Bumi membina jenama Volkswagen di Sabah,” katanya.

 ??  ?? Erik (kiri) pada majlis pelancaran Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti (3S) ke-18 di Malaysia.
Erik (kiri) pada majlis pelancaran Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti (3S) ke-18 di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia