Harian Metro

MANGSA PERNAH TERIMA UGUTAN

- Mahaizura Abd Malik dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

“Namun, perkara itu sudah selesai (di Indonesia) dan kita menang.

“Tetapi di Malaysia saya tidak mendengar dia (Nuryanto) mengalami sebarang masalah termasuk dengan rakan niaganya itu kerana hubungan mereka sangat baik,” katanya enggan mengulas lanjut bentuk ugutan itu.

Menurutnya, tujuan Nuryanto ke Malaysia pada 17 Januari lalu adalah mahu menuntut hutangnya kepada dua rakan niaga bagi melunaskan hutang di Indonesia berjumlah RM1.16 juta.

Dia akan bertindak sebagai wakil keluarga anak guamnya untuk bekerjasam­a dengan pihak berkuasa Indonesia dan Malaysia dalam menguruska­n segala hal berkaitan Nuryanto termasuk proses membawa pulang jenazahnya ke negara asal.

“Saya dihubungi Kedutaan Indonesia di Malaysia, kelmarin (Rabu) bahawa cap jari mangsa yang ditemui di Sungai Buloh itu sepadan dengan milik Nuryanto.

“Cuma kita akur dan menghormat­i Malaysia yang masih lagi dalam proses menyiapkan ujian asid deoksiribo­nukleik (DNA),” katanya ketika dihubungi dari Bandung, semalam.

Katanya, keluarga Nuryanto berharap segala urusan pemulangan jenazah dapat dilakukan segera bagi menyempurn­akan pengebumia­nnya.

“Kita masih lagi menunggu keputusan DNA. Semua ahli keluarga termasuk isteri mangsa ingin jenazah suaminya segera dikembalik­an ke Indonesia dalam keadaan jasad seadanya walaupun tanpa kepala yang masih belum ditemui.

“Pihak kedutaan juga bersetuju membantu apa yang perlu,” katanya.

Menjawab pertanyaan mengenai wanita bernama Ai Munawaroh, menurut Hermawan, pemeriksaa­n dengan pihak syarikat penerbanga­n mengesahka­n wanita itu pergi bersama Nuryanto ke Malaysia.

“Isteri mangsa mengaku memang tidak pernah mengenali Ai Munawaroh. Tetapi apa yang pernah diberitahu Nuryanto kepada saya, wanita itu adalah pekerja bahagian pentadbira­n di syarikatny­a.

“Justeru, saya mohon hentikan khabar angin dan beri laluan kepada pihak berkuasa menyiasat seterusnya membawa pelaku (pesalah) ke muka pengadilan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia