Harian Metro

SIASAT BERSAMA

- Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

Polis Sabah, pasukan keselamata­n Filipina

terus bantu kesan tiga mangsa culik

Polis Sabah bekerjasam­a baik dengan pasukan keselamata­n Filipina dalam usaha mengesan mangsa yang diculik dari perairan Pegasus Reef di Kinabatang­an, tahun lalu.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, berdasarka­n maklumat diterima daripada pasukan keselamata­n Filipina, semua mangsa dalam keadaan baik.

Katanya, siasatan masih diteruskan dan setakat ini, polis tidak menerima panggilan daripada kumpulan penculik.

“Sebelum ini seperti saya katakan dulu, keluarga seorang mangsa mendapat panggilan (daripada penculik) meminta bayaran RM4 juta.

“Kita bekerjasam­a baik dengan negara jiran, mereka (pasukan keselamata­n Filipina) membantu kita untuk mengesan mangsa dan suspek,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarka­n Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Masyarakat dan Walkabout Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan di Bandar Kim Fung di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong Ket Kiun; Komander Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Hazani Ghazali dan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Sabah, Tan Sri Andrew Liew.

Pada 6 Disember lalu, tiga nelayan termasuk rakyat tempatan iaitu Jari Abdullah, 34, dan dua nelayan warga Indonesia, Heri Ardiansyah, 19, serta Hariadin, 45, dilaporkan hilang daripada bot mereka ketika menangkap ikan di perairan Pegasus Reef, Kinabatang­an.

Dalam kejadian itu, tiga nelayan terbabit dilaporkan hilang selepas sebuah bot nelayan ditemui tanpa ketiga-tiga mangsa dan disahkan diculik selepas seorang daripada isteri mangsa menerima panggilan daripada mangsa mendakwa dibawa ke sebuah tempat tidak diketahui di Filipina.

Terdahulu, ketika berucap Omar meminta orang awam agar tidak menyalah gunakan kuasa menangkap dengan mencederak­an orang awam ditangkap apabila melakukan kesalahan jenayah di depan mereka. Sebaliknya menyerahka­n penjenayah kepada polis.

Katanya, kuasa tangkapan diperuntuk­kan kepada orang awam terkandung dalam Seksyen 11, 13, 14, 15, 16, 24 dan 27 Kanun Prosedur Jenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia