Harian Metro

Nasib 350 burung Hua Mei

-

Kuala Lumpur: Gempur habis-habisan sindiket pasaran gelap dan pemburu haram di seluruh negara yang cuba menyeludup keluar spesies hidupan liar dilindungi bernilai ratusan ribu ringgit ke negara jiran.

Itu tindakan agresif Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam memastikan khazanah negara tidak terus dicuri.

Terbaru semalam, pegawai Perhilitan melakukan pemeriksaa­n ke atas sebuah kenderaan yang diletakkan di Jalan Sri Muar Selatan, Kg Sri Muar, Johor hasil dari maklumat diperolehi.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pemeriksaa­n dilakukan menemui lapan sangkar kotak disembunyi­kan di dalam pacuan empat roda model Toyota Hilux itu.

“Siasatan lanjut menemui 350 burung Hua Mei dan

220 burung Sun Wu yang dipercayai cuba diseludup ke Indonesia.

“Burung ini dianggap berharga berikutan dari jenis

song birds yang dijadikan burung peliharaan. Berdasarka­n risikan, seekor burung Hua Mei berharga antara RM300 hingga RM400.

“Manakala burung San Wu dijual di pasaran gelap antara RM200 hingga RM250 seekor. Seorang lelaki warga tempatan berusia 40-an yang disyaki cuba menyeludup burung itu ditahan.

“Semua hidupan liar dan kenderaan dirampas di dan dibawa ke pejabat PERHILITAN Daerah

Kluang,” katanya.

Sementara itu dalam operasi berasingan, pegawai Perhilitan Daerah Jeli, Kelantan, menyerbu sebuah rumah di Kampung Sat, Tanah Merah Kelantan jam 12 tengah hari kelmarin.

Menurutnya, pemeriksaa­n dilakukan menemui pelbagai spesies burung dilindungi antaranya burung luris leher, murai batu,bayan puling, serindit, murai buluh, merbah Siam, kelicap kunyit, kunyit kecil, tiong mas, ruak-ruak dan dua ekor beruk.

“Hasil pemeriksaa­n terhadap suspek berusia 45 tahun mendapati lelaki itu tiada dokumen sah dari jabatan bagi tujuan pemilikan dan penyimpana­n hidupan liar itu. Susulan itu semua hidupan liar dirampas,” katanya.

Kadir berkata, pihaknya melakukan pemeriksaa­n di sebuah rumah di Kampung Ulu Inas, Johol Negeri Sembilan. Hasil pemeriksaa­n menemui dua ekor landak Nibong disembunyi­kan di dalam sangkar di belakang premis kediaman itu.

“Pemiliknya seorang lelaki berusia 44 tahun ditahan untuk siasatan lanjut dan dua landak itu dirampas. Turut diambil tindakan sama seorang wanita berusia

30-an yang yang memiliki seekor kura-kura African

Tortoise di kediamanny­a di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu tanpa dokumen sah,” katanya.

 ??  ?? DUA ekor landak Nibong di Kampung Ulu Inas, Johol Negeri Sembilan. KURA-KURA African Tortoise yang dirampas di Kuala Terengganu, Terengganu.
DUA ekor landak Nibong di Kampung Ulu Inas, Johol Negeri Sembilan. KURA-KURA African Tortoise yang dirampas di Kuala Terengganu, Terengganu.
 ??  ?? RATUSAN ekor burung dibawa kenderaan pacuan empat roda diletakkan di Jalan Sri Muar Selatan, Kampung Sri Muar, Layang-Layang, Johor.
RATUSAN ekor burung dibawa kenderaan pacuan empat roda diletakkan di Jalan Sri Muar Selatan, Kampung Sri Muar, Layang-Layang, Johor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia