Harian Metro

11 individu ditahan sejak Januari lalu

-

Kuala Lumpur: Seramai 11 individu diberkas pihak Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sepanjang Januari lalu selepas didapati memiliki dan menyimpan hidupan liar dilindungi.

Malah lebih 600 hidupan liar dilindungi berjaya dirampas PERHILITAN hasil operasi berterusan di seluruh negara dalam tempoh berkenaan.

Ketua Pengarah PERHILITAN Semenanjun­g Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, jenayah hidupan liar itu membabitka­n jenayah menyimpan, penceroboh­an, pemburuan, perniagaan dan kes penyeludup­an hidupan liar dilindungi.

Menurutnya, pihak PERHILITAN berjaya merampas 639 burung, 14 pelbagai mamalia, 11 replitia selain kulit dan tanduk kijang, sisik tenggiling dan kuku kucing batu.

“Turut dirampas 67 jerat dawai dan kabel digunakan untuk menangkap hidupan liar dilindungi itu.

“Antara faktor jenayah hidupan liar berlaku adalah ekoran permintaan yang tinggi dari dalam dan luar negara. Ini menjadi punca aktiviti penceroboh­an kawasan perlindung­an hidupan liar, pemburuan haram dan penjualan tidak sah.

“Perhilitan tidak menolak kemungkina­n penglibata­n sindiket tempatan dengan sindiket antarabang­sa di dalam perdaganga­n hidupan liar ini. Selain rakyat tempatan, kebiasaann­ya rakyat asing seperti Thailand, Kemboja dan Vietnam seringkali terbabit dalam jenayah ini,” katanya.

Turut dirampas 67 jerat dawai dan kabel digunakan untuk menangkap hidupan liar dilindungi itu”

Abdul Kadir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia