Harian Metro

TIADA TETAMU

- Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

 Hotel sedia perkhidmat­an spa untuk lelaki hidung belang diserbu

Beroperasi sebagai hotel dengan menyediaka­n perkhidmat­an spa namun tiada tetamu yang datang menginap, sebaliknya hanya pelanggan lelaki datang untuk melempiask­an nafsu serakah.

Kegiatan ‘misteri’ hotel dan spa itu akhirnya terbongkar ketika pemeriksaa­n Op BAH di premis berkenaan yang terletak di Pusat Perniagaan Cheras di sini, awal pagi semalam apabila seramai 16 pelayan pelanggan (GRO) ditahan.

Ketika pemeriksaa­n jam 1 pagi, kumpulan GRO warga asing itu tidak sempat ‘menyelamat­kan’ diri, malah sebahagian daripada mereka ditahan ketika sedang leka melayan pelanggan.

Turut ditemui di bilik ‘hotel’ berkenaan, bebeberapa kondom dan cecair dipercayai pelincir yang digunakan untuk kegiatan tidak bermoral, malah tinjauan mendapati hanya sebahagian kecil ruang dikhaskan untuk khidmat spa.

Pengarah Jabatan Penguatkua­saan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Azman Mahmood berkata, ketika pemeriksaa­n di sebuah spa, pihaknya menemui sekumpulan wanita warga asing dipercayai GRO dengan sebahagian daripada mereka ditahan ketika sedang melayani pelanggan.

“Turut ditemui beberapa alat seperti kondom dan minyak pelincir di dalam bilik yang disediakan.

“Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 16 wanita terbabit dengan tujuh daripadany­a warga Vietnam, enam warga Thailand dan tiga warga Indonesia berusia 20 hingga 31 tahun,” katanya ketika ditemui sejurus operasi tamat.

Seramai 254 anggota membabitka­n polis, DBKL, JIM, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK),

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) dan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) terbabit dalam operasi itu.

Menurutnya, pihaknya turut memecahkan struktur hadangan haram yang dibina pemilik premis untuk dijadikan bilik kecil melalui peruntukan Seksyen 76 Akta Jalan, Parit dan

Bangunan 1974.

Katanya, pemeriksaa­n turut dilakukan di dua hotel di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini, dan mendapati sebuah daripadany­a tidak mempunyai lesen.

“Pemeriksaa­n di sebuah pusat hiburan di Pusat Perniagaan Cheras juga mendapati premis itu menjalanka­n operasi melebihi masa sebelum tindakan sita peralatan dibuat,”

katanya.

 ??  ?? ANGGOTA JIM memeriksa warga asing yang ditahan ketika pemeriksaa­n Op BAH di Pusat Perniagaan Cheras, semalam.
ANGGOTA JIM memeriksa warga asing yang ditahan ketika pemeriksaa­n Op BAH di Pusat Perniagaan Cheras, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia