Harian Metro

Penuntut kolej maut nahas

-

Seorang penuntut kolej swasta maut selepas kereta dinaikinya hilang kawalan sebelum terbalik di Jalan Klang Lama susur ke Lebuhraya Persekutua­n menghala ke Petaling Jaya di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi, mangsa, Sachdevf Singh Sunder Singh, 22, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Proton Waja dinaiki mangsa di Lebuhraya Persekutua­n dari pusat bandar hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar kon pembinaan.

 ??  ?? KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Klang Lama susur ke Lebuhraya Persekutua­n, semalam.
KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Klang Lama susur ke Lebuhraya Persekutua­n, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia