Harian Metro

BOS MAT TOP DICEKUP

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Geng aktif ragut, samun di Lembah Klang ditumpas polis

Kumpulan ragut dan samun dikenali sebagai Geng Mat Top meraih hingga RM500,000 dalam tempoh lebih dua tahun aktif melakukan kegiatan itu di sekitar Lembah Klang sejak 2016.

Geng terbabit mampu meraih kira-kira RM10,000 sehari setiap kali melakukan kegiatan terbabit dengan bergerak secara berkumpula­n.

Bagaimanap­un,

aktiviti mereka berjaya dilumpuhka­n selepas polis menahan 11 individu yang juga anggota geng terbabit termasuk ketua kumpulan dikenali sebagai Mat Top berusia 27 tahun.

Tangkapan dibuat dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Kampung Simpang Tiga, Gombak, Selangor, jam 12.20 tengah hari, 2 Februari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya menahan seorang lelaki disyaki terbabit dalam kes ragut seorang wanita di depan sebuah bank di Jalan Raja Chulan, di sini, jam 10.30 malam 28 Januari lalu.

“Hasil tangkapan itu, kami menahan 10 lelaki berusia antara 21 tahun hingga 35 tahun termasuk ketua geng terbabit dalam serbuan di Gombak, Selangor.

“Dalam serbuan itu, kami merampas 18 telefon bimbit, 16 motosikal pelbagai jenis termasuk sebuah motosikal berkuasa tinggi Ducati Hypermotar­d 821, 20 topi keledar tutup muka penuh, 20 nombor pendaftara­n palsu, kereta Mercedes Benz AMG A45 serta Honda Jazz, beberapa pakaian dan wang tunai berjumlah RM2,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, semalam.

Mazlan berkata, geng terbabit aktif melakukan ragut dan samun sejak 2016 di sekitar Lembah Klang secara berkumpula­n menggunaka­n motosikal dengan memainkan peranan masing-masing.

“Modus operansi geng ini bergerak secara berkumpula­n tiga orang dengan setiap individu akan mencari mangsa, memantau keadaan sekeliling dan meragut.

“Sasaran mangsa terdiri daripada pejalan kaki memakai barang kemas yang kebanyakan dalam kalangan wanita termasuk pelancong asing,” katanya.

Katanya, semua kenderaan yang dirampas dibeli menggunaka­n wang hasil kegiatan ragut dan samun secara tunai.

“Semakan ke atas akaun bank milik Mat Top mendapati ada wang simpanan berjumlah RM217,000 dipercayai diperoleh daripada kegiatan itu,” katanya.

Katanya, hasil siasatan mendapati geng itu dipercayai terbabit dalam 45 kes ragut dan samun di sekitar Lembah Klang sejak 2016.

“Saringan ujian air kencing mendapati dua daripada 11 individu yang ditahan positif ganja manakala tiga individu memiliki rekod jenayah termasuk ragut, samun serta dadah.

“Semua suspek diserahkan kepada IPD Ampang Jaya pada 12 Februari lalu bagi membantu siasatan kes ragut dan samun,” katanya.

 ??  ?? MAZLAN menunjukka­n motosikal yang dirampas pada sidang media, semalam.
MAZLAN menunjukka­n motosikal yang dirampas pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia