Harian Metro

AJAL DI PUNCAK

- Ramli Ibrahim cnews@nstp.com.my

 Lelaki hembus nafas terakhir selepas mendaki gua bersama rakan

“Sudah beberapa kali arwah anak mendaki puncak gua batu kapur itu untuk melihat keindahan alam.

“Namun, kali ini, saya tidak sangka anak pergi meninggalk­an kami untuk selama-lamanya apabila menghembus­kan nafas di puncak gua itu,” kata Jusoh Che Muda, 73, bapa kepada Zulkifli, 48, yang meninggal dunia di puncak gua batu kapur Gua Musang, kelmarin.

Zulkifli yang juga penjual burger meninggal dunia jam 6.15 petang akibat serangan jantung ketika berada di puncak gua batu kapur berketingg­ian 1,200 meter.

Jusoh berkata, anaknya gemar mendaki dan dia pergi bersama rakannya untuk beriadah di waktu petang.

Katanya, dia terkejut selepas dimaklumka­n anaknya meninggal dunia sebelum bergegas ke Hospital Gua Musang (HGM).

“Dia (arwah) tinggal bersama dua adiknya di Jalan Pulai bandar dan saya tinggal berasingan di Kampung Tiong.

“Saya sudah lama tidak berjumpa anak dan reda dengan kejadian ini,” katanya ditemui di HGM, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superinten­dan Mohd Taufik Maidin ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian.

Katanya, mangsa dibawa ke HGM untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumika­n, semalam.

 ??  ?? AHLI keluarga mengambil kesempatan menatap wajah Zulkifli sebaik tiba di Hospital Gua Musang.
ZULKIFLI
AHLI keluarga mengambil kesempatan menatap wajah Zulkifli sebaik tiba di Hospital Gua Musang. ZULKIFLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia