Harian Metro

Maut akibat serangan jantung

-

Seorang lelaki disahkan meninggal dunia di puncak gua batu kapur Gua Musang di sini, akibat serangan jantung selepas mendaki bersama tujuh rakannya jam 6.15 petang kelmarin.

Zukifli Jusoh, 48, tiba-tiba pitam sebelum disahkan meninggal dunia.

Mayat dibawa turun dengan bantuan bomba sebelum diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Anuar Abas berkata, hasil maklumat diperoleh, mangsa mendaki bukit itu bersama rakannya bermula jam 5 petang.

“Rakan mangsa memaklumka­n, mangsa tiba-tiba terjatuh dan pitam sebelum menghubung­i bomba untuk bantuan

“Kami terima panggilan kecemasan jam 6.21 petang sebelum 21 anggota bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba, bantuan pernafasan (CPR) diberikan kepada mangsa namun tiada tindak balas dan pegawai perubatan mengesahka­n mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dihubungi semalam.

Menurutnya, pihaknya mengambil masa hampir tiga jam untuk membawa mayat mangsa turun.

“Kami menggunaka­n teknik ikatan tali khas berikutan terpaksa berdepan kecerunan bukit sehingga 90 darjah.

“Kami tiba di kaki bukit jam 10.48 malam,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba membawa turun jenazah Zulkifli dari puncak gua batu kapur.
ANGGOTA bomba membawa turun jenazah Zulkifli dari puncak gua batu kapur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia