Harian Metro

CUBA HAPUS JEJAK

- Amirul Haswendy Ashari am@hmetro.com.my

“Belum ada antara mereka tampil memberi maklum balas setakat ini,” kata penyanyi popular, Misha Omar selepas meminta pihak yang memfitnahn­ya di laman sosial tampil membuat permohonan maaf secara terbuka semalam.

Pemilik Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) ketika dihubungi semalam berkata, seorang daripada individu yang didakwa memfitnahn­ya menutup akaun laman sosialnya.

“Peguam saya beritahu ada satu akaun laman sosial yang bercakap pasal saya ditutup.

“Manakala dua lagi pemilik akaun laman sosial memadamkan mesej berantai yang dikongsika­n mereka.

“Saya tidak kisah mereka padam atau tutup akaun laman sosial masing-masing, tapi kami masih boleh mengesan pemilik semua akaun itu sebab sudah merujuk perkara ini kepada pihak SKMM (Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia),” katanya.

Katanya, walaupun mereka memadam dan menutup akaun masing-masing, tindakan itu memberi kesan negatif terhadap pandangan orang di sekeliling­nya.

Penyanyi lagu Sampai Bila itu mendakwa tidak adil dengan hanya mendiamkan diri selepas memadam dan menutup akaun laman sosial mereka.

“Ketika membuat laporan tempoh hari, polis memberi info berguna antaranya fitnah di media sosial dianggap kesalahan jenayah.

“Selain saya, polis juga boleh membuat pendakwaan ke atas mereka,” katanya.

Antara dakwaan yang boleh dikenakan terhadap pihak yang didapati bersalah kerana memfitnah di laman sosial adalah mengikut Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Kanun Keseksaan.

“Saya hanya mahu mereka meminta maaf dan bersemuka serta disaksikan rakan media, itu saja.

“Mereka boleh hubungi peguam atau pengurus saya. Kalau malu, mereka boleh menghubung­i rakan media untuk mengatur pertemuan,” katanya.

Dalam satu sidang media tergempar kelmarin, penyanyi itu memberi tempoh tujuh hari kepada beberapa individu yang menyebarka­n fitnah terhadapny­a di laman sosial untuk bersemuka dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Antara fitnah dilempar adalah mengaitkan Misha menggunaka­n ilmu sihir dan khurafat ketika AJL 33, bulan lalu.

Selain membawa pulang Vokal Terbaik AJL33, Misha turut menduduki tempat ketiga.

Dua pemilik akaun media sosial fitnah Misha Omar tutup akaun, padam mesej

berantai

 ??  ?? Metro, semalam LAPORAN Harian
Metro, semalam LAPORAN Harian
 ??  ?? MISHA
MISHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia