Harian Metro

Mamat Khalid perlu banyak rehat

-

“Keadaan abang Mamat beransur pulih dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan lagi selepas 22 hari dirawat.

“Bagaimanap­un, doktor belum merancang memindahka­nnya ke wad biasa kerana perlu pantau perkembang­annya di Unit Rawatan Koronari (CCU),” kata Hasmah Hassan, isteri pengarah popular, Mamat Khalid, 56, mengenai perkembang­an terkini suaminya yang dirawat di pusat perubatan di Petaling Jaya, ketika ini.

Menurutnya, doktor juga belum memberitah­u bila Mamat dipindahka­n ke wad biasa atau keluar dari hospital.

“Sebenarnya, doktor juga mahu abang Mamat berehat lebih lama di hospital.

“Maklumlah, bila orang ramai dan kenalan melawat, dia jadi teruja hingga jantungnya berdegup laju dan tekanan darah naik,” katanya.

Kata Hasmah yang lebih mesra dengan panggilan Kak Intan, doktor juga meminta Mamat lebih banyak tidur dan berehat supaya kesihatann­ya cepat pulih.

“Saya juga diminta pulang oleh jururawat bila tekanan darahnya naik semalam untuk membolehka­nnya berehat tanpa gangguan.

“Doktor tahu abang Mamat memang kuat bekerja sebab itu dia suruh berehat lebih lama sebelum kembali berkarya,” katanya.

 ??  ?? MAMAT
MAMAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia