Harian Metro

5,000 peminat serbu Seventeen

-

Kumpulan K-pop terkenal, Seventeen yang dianggotai 13 anak muda terharu dengan sambutan luar biasa peminat ketika sesi ramah mesra di pusat beli-belah Pavilion di sini, semalam.

Walaupun dua anggota iaitu Jun dan The8 tidak dapat turut serta namun keterujaan peminat sedikit pun tidak terjejas.

Malah, mereka tetap bersorak sebagai tanda sokongan.

Hampir 5,000 peminat yang berkumpul sejak pagi semalam tidak berganjak dari tempat masing-masing meskipun acara bermula jam 5 petang iaitu dua jam lewat dari masa dijadualka­n.

“Melihat kehadiran ribuan peminat, kami sangat terharu. Terima kasih kerana setia menanti dan sentiasa menyokong Seventeen. Kami sayang anda semua,” kata Vernon.

Pernah mengadakan konsert pertama pada 2017, mereka tidak menolak mahu kembali ke Malaysia bagi menganjurk­an konsert kedua.

Kata Joshua, Seventeen ada perancanga­n namun belum memilih masa sesuai.

“Jadual kami sangat padat, tetapi jika ada masa dan permintaan, Seventeen sedia kembali menghiburk­an peminat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia