Harian Metro

Lafaz talak 3 isteri minta buat susu

-

Kuala Lumpur: Dek berang dengan permintaan isteri supaya menyediaka­n susu anak di tengah malam, seorang suami terus melafaz cerai talak tiga terhadap wanita berkenaan.

Suri rumah yang mahu dikenali sebagai Ida, 33, berkata, talak itu dilafazkan seminggu selepas dia dan suaminya bertengkar kerana hal berkenaan.

“Bekas suami enam tahun tua daripada saya dan sebenarnya dia seorang yang panas baran. Sikapnya itu hanya diketahui selepas kami berkahwin.

“Usia perkahwina­n kami mencecah dua tahun. Suami sanggup mengambil bayi dalam dukungan saya dan menyuruh saya yang menyediaka­n susu.

“Berpunca daripada hal itu, kami kerap bertengkar dan saya memang tak sangka dia melafaz talak tiga sekali gus,” katanya.

Menurut Ida, dia berkenalan dengan lelaki terbabit ketika sama-sama bekerja sebagai penyelia restoran di ibu negara dan sepanjang perkenalan itu, bekas suaminya pandai berjenaka.

“Bekas suami memang sangat baran dan ego, pernah terjadi apabila suami tak mahu berbincang langsung kerana mahu anak kami dijaga ibu bapanya.

“Suami mahu menjenguk anak pada hujung minggu. Sudahlah saya bersalin melalui pembedahan, saya tidak mahu anak berjauhan daripada ibu bapanya selain tidak mahu menyusahka­n mentua.

“Akhirnya dia memberi syarat jika saya mahu menjaga anak sendiri, saya perlu membayar kos pengasuh RM400 sebulan dan dia tidak mahu ambil tahu,” katanya.

Menurut Ida, suaminya juga kuat merokok dan mampu menghabisk­an 36 batang rokok setiap hari malah Ida sudah puas meminta lelaki terbabit berhenti merokok.

“Mungkin bibit-bibit perceraian ini juga akibat masalah kewangan suami, dia punya hutang kad kredit dan pinjaman peribadi selain kami sama-sama menanggung hutang rumah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia