Harian Metro

Padah tak mahu beraya di kampung suami

-

Kuala Lumpur: “Suami merajuk sebab saya didakwanya enggan balik beraya ke rumah ibu bapanya, pada hari sama, saya diceraikan dengan talak satu sebelum dihalau keluar dari rumah,” kata Ika, 25.

Gara-gara isu remeh itu, ikatan perkahwina­n Ika dan suaminya yang berusia kurang dua tahun terlerai.

Menurut Ika, mereka berkahwin pada usia 21 tahun dan mungkin kerana tidak matang, masalah kecil menjadi besar termasuk kerenah mentua yang mahu mereka tinggal bersama wanita terbabit.

“Kami bergaduh pada malam Aidilfitri kerana bekas suami tuduh saya tidak mahu balik beraya ke rumah keluarga dia.

“Sedangkan, sebelum suami balik beraya, saya kirim pesanan melalui aplikasi WhatsApp kepada adik ipar mengatakan yang kami akan pulang.

“Ketika itu, saya ada di rumah keluarga saya. Saya tunggu suami datang jemput hingga jam 1 pagi namun dia tidak muncul,” katanya.

Menurut Ika, akhirnya, keluargany­a menghantar­nya ke rumah mentua dan tiba di kediaman itu, Ika mendakwa tidak dilayan.

“Saya umpama tunggul kayu malah bekas suami tidak tanya saya balik dengan siapa, ia buat saya geram.

“Rumah keluarga kami berdekatan namun apabila berkahwin, kami tinggal menyewa,” katanya.

Bagaimanap­un, dakwa

Ika, ibu mentuanya tidak suka dan mahu mereka tinggal bersama wanita itu.

Ika berkata, dia tidak setuju dengan perkara itu dan ia menyebabka­n bekas suaminya berbelah bagi sama ada mahu menurut katanya atau ibunya.

“Bekas suami berbelah bagi hendak ikut cakap emak atau isteri. Bagi saya, suami perlu adil tanpa abaikan perasaan isteri,” katanya.

Menurut Ika yang kini bekerja sebagai eksekutif pemasaran, dia sempat menyambut ulang tahun pertama perkahwina­n sahaja sebelum bercerai.

Sembilan alasan remeh punca bercerai

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia