Harian Metro

Pasangan muda lazim berpisah angkara isu kecil

-

Kuala Lumpur Kes perceraian akibat isu remeh temeh sering menimpa pasangan yang baru berusia perkahwina­n lima tahun dan ke bawah namun ada juga yang sudah meniti usia emas.

Peguam Syarie, Mohd Fakhrurraz­zi Mohd Hanapi berkata, memasukkan kaki seluar berbeza arah ke dalam mesin basuh, tandas berbau hancing angkara petai, bergaduh kerana balik beraya selain berbeza fahaman politik antara punca remeh yang diterimany­a sepanjang 10 tahun mengendali­kan kes-kes syariah.

“Saya pernah kendalikan kes cerai babitkan seorang nenek berusia 70 tahun yang terpikat dengan warga Pakistan berumur 40-an.

“Nenek itu terpikat kerana lelaki terbabit sering memujinya cantik. Hakikatnya, nenek berkenaan berasa dihargai dan disayangi namun warga Pakistan berkenaan menikahiny­a semata-mata mahu mendapatka­n taraf pemastauti­n tetap (PR),” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia